Saturday, December 11, 2010

Bismillahhirrahmanirrahim..

Di route Kampung Bajau Bugis, dengan kekuasaan Allah swt...Allah telah membukakan pintu hidayat kepada seorang pemuda kristian untuk melafazkan syahadah..syukur kepadaMu ya Allah dengan limpahan rahmatMu... harusnya ada tangisan kesyukuran dan kegembiraan serta memohon kepada Allah semoga terus ada hidayat untuk kita yang telah buat usaha dakwah dan untuk seluruh ummat agar dapat mengucapkan kalimah iman ini..

Subhanallah...

Monday, October 11, 2010

Suara Dari 4 Dinding

Suara Dari 4 Dinding

Assalammualaikum sahabat seusaha, dengan limpah dan kasih sayang yang Allah swt berikan kepada kita, dan rasa syukur yang tidak terhingga aku masih berada di bumi Allah ini.

Syawal telah melabuhkan tabirnya, dengan kesibukan musim raya ke sana dan ke sini berhasrat merapatkan ukhuwah sesama kita, minggu2 terakhir ini menjadi satu musim ramai yang dilanda penyakit demam, batuk dan selsema. Yalah, umumnya kesakitan diberikan oleh Allah semata2 memberi peringatan dan rasa kasih Allah terhadap kita agar kita sentiasa mengingati Allah setiap masa dan keadaan..

Kelima2 puteri terganggu kesihatan mereka, batuk2 sehingga muntah mengganggu lena di malam hari, diserang asthma, demam dan sebagainya. Satu situasi menguji hati seorang ibu seperti aku dan menuntut kesabaran yang tinggi untuk mendepani gangguan kesihatan mereka. Kesihatan mereka menyentap dan meresahkan tangkai hati aku, membuatkan aku lebih kuat berdoa supaya Allah segera meredakan kesakitan yang ditanggung puteri2ku. Sementara pemelajaran mereka asyik terganggu dek kerana kerapkali tidk dapat menyertai persekolahan. Cakap2 dan dengar2 ramai juga di kalangan teman2 mengalami situasi seperti aku sehingga anak2 mereka terpaksa di tahan di wad kerana diserang demam yang serius.

Semoga selepas ini, kesihatan diri kita, suami, anak2 dan orang2 di sekeliling kita akan bertambah baik serta dapat menjalani ibadah harian dengan sempurna dan istiqamah. Insyaallah apa jua yang kita lakukan kita sentiasa kaitkan dengan Allah swt, kerana apa jua yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Amin...

Saturday, July 17, 2010

Duduk2 sahaja di rumah..

Al-hamdullillah..

aku masih meneruskan puasa hari ini dan semoga aku dapat menyempurnakan puasa aku untuk satu hari ini..insyaallah...

Walaupun agak keletihan, kerja2 rutin di rumah terpaksa juga aku siapkan. Sejak aku berpuasa agak jarang2 kami sekeluarga keluar berjalan2 menghabiskan waktu senggang atau beriadah. Kalaupun kami keluar hanya ke pejabat pos untukmenguruskan proses penghantaran barang2 yg di'order' oleh buyer.

Nampaknya, hubby aku hanya berkesempatan untuk nusrah jemaah(nusrah full), insyaallah semoga Allah akan pilih hubby aku untuk keluar jemaah 3 hari sempurna selepas ini. Kesibukan dunia terlalu menghimpit, semoga Allah ampunkan kami kerana terlalu melebih2kan takaza dunia..

Cukuplah catatan setakat ini, aku perlu menyiapkan diri untuk berbuka..salam.

Friday, July 16, 2010

Salam Jumaat buat teman2 blog..

SEJUJURNYA hati ini terpanggil untuk menulis kerana sudah 7 bulan, aku seakan2 bercuti dr menulis di blog ini tetapi semakin rancak melayan facebook.. emmm...

Dalam tempoh itu sudah pastilah pelbagai perkara terakam indah dalam hidup aku..dan banyak jugak perkara2 yg agak enteng utk dikongsikan di sini...tak kisahlah tu... tapi, hari ini aku sekadar nak bercerita apa yang terlintas di fikiran aku di ketika ini dan waktu ini. Hari ini adalah hari ke4 hubby aku menanggung sakit2 (demam, selsema @ jugak tidak sedap badan) dan dia diberi cuti sakit. Simpati dan sedih bercampur menjadi satu. Apa yang termampu aku lakukan khidmat sekadar sepatutnya, berserta dengan doa kepada Allah swt supaya dia disembuhkan seperti selalunya. Kesakitannya membuatkan suasana rumah ini hilang keceriaan dan penuh kesuraman.

Bagi puteri2ku pula, seperti selalunya penuh pelbagai tingkah ketawa, bermain, menangis, bercoletah dengan pelbagai lakonan dan lagak yang direka serta sedikit2 melayan angin yang tidak menentu( berebut2kan barang2 yang dimain). Bagi Nurul Hanin (anakku yang paling kecil) mula menunjukkan pelbagai aksi antaranya menggeleng2 jika 'taknak', mengangguk2 jika mahu (lagaknya seperti org Jepun bila bertemu dan berpisah), tetapi masih belum ada tanda2 mahu berjalan sendiri (hanya sekadar berdiri dengan bantuan dinding dan perabot rumah) dan gigi juga belum menampakkan di gusi. Tapi, telatahnya agak menghiburkan dengan bunyi bising mulutnya menyebut2 perkataan yang dia sendiri pun belum memahaminya..

Dengan izin Allah, semoga hubby aku dapat keluar 3 hari minggu ini walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.. Ya Allah, rahmatilah kami dengan kasih sayangMu..hamba yang selalu dan alpa ini.. amin ya rabbil alaminn....

Friday, January 15, 2010

Tersingkap 2010...


Ucapan Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, sebagai pemula...

Sudah 15 hari kita melalui tahun 2010..dan tempoh itu hidup kita turuti dengan langkah yang mendatar saja............................................................

Hanya waktu ini sahaja yang membenarkan aku kembali mencuri waktu untuk menulis, itupun agak terbatas juga...maklumlah walaupun duduk2 saja di rumah tapi terlalu banyak kekangan tugas harian, tambahan sekarang hubby aku dah beri satu tugas baru kepada aku, terpaksalah aku turuti untuk sama2 membantu...apa tugas itu tidaklah penting sangat untuk dikongsikan di sini..

Selain anak2 sudah kembali ke sekolah, aku sibuk melayani baby Hanin yang sudah mula pandai mengagah(cukup melekakan), dia juga dah mula nak mengerengkan badan(nak meniarap)sambil menjerit (marah agaknya) lucu melihatnya..pantas masa berlalu...hampir 5 bulan sudah...rasanya baru semalam aku melahirkan dia..tahun ni, 2 adik perempuan juga melahirkan anak seorang dapat lelaki Aidil Hakim(aku masih mengharap..)seorang lagi perempuan Marsha Nurfarhan..

Adik aku lagi seorang pula ditimpa musibah, keguguran beberapa hari lepas dah 2 bulan..aku tumpang simpati..insyaallah, jika Allah izinkan akan ada lagi..semuanya dengan kehendakNya belaka.

Setiap hari dan setiap masa kita diuji oleh Allah swt, tetapi setabah dan sekuat mana kita dapat menahan ujian itu...sabar dan tahamul...di sinilah kita kena belajar...untuk menjadi orang yang paling sabar diiringi tahamul(tahan uji) dengan apa cara yang Allah akan beri..setiap ujian yang ditimpakan kepada kita Allah Maha Tahu kemampuan dan ketahanan kita...jadi kita berdoalah kepadaNya supaya kita menjadi orang yang paling sabar dan tahan uji dengan apa yang datang...insyaallah...kita sama2 belajar untuk itu.

Aku pun belum tentu dapat menjadi orang sabar(kekadang tu benda yang kecik pun aku cepat melatah) moga aku dapat belajar menjadi orang yang paling sabar(muhasabah diri ler ni), ketahanan dalam ujian pun moga aku dapat hadapi..especially waktu kita khuruj fisabillillah pun banyak yang kena sabarnya weii...kita sesama buat usaha agama ni, lagi syaitan suka kacau...macam2 agenda nak jemaah pecah..jadi sama2 ler belajar untuk bentangkan hati seluas lautan, menadah apa jua yang datang...redha..malam2 nangis dan berdoa kepadaNya yang Maha Mendengar rintihan hati seprti ini...amin..

Doakanlah untuk aku ni...