Sunday, November 29, 2009

10 hari telah berlalu...

Hubby aku keluar di Sg.Petani bersama 13 karkun yg lain...bercampur dengan jemaah bisu...
dalam tempoh tu aku hanya mampu berdoa supaya jemaah ini disatukan hati dan menjadi asbab hidayat pada orang-orang tempatan di situ...

Hari ni, aku dikunjungi adik beradik hubby aku...selain ziarah aku, mereka baru pulang dari pengkebumian bapa saudara sebelah mak mertua aku...pemergian achik Zan dan makcik Mah amat tragis, mereka konvoi anak-beranak ke Kelantan semalam, untuk menghantar pengantin ke sana, tetapi dengan rencana yang Allah tetapkan kereta yg mereka naiki berlanggar di Gerik, Perak. Khabarnya, amat menyayat hati dan meruntun jiwa sesiapa yg melihat, di saat baru seminggu melangsungkan perkahwinan anak mereka(pastilah amat menggembirakan), namun, kuasa Allah mengatasi segalanya dan itu adalah ketetapan dari-Nya. Kita pasrah dan redha menerima setiap apa yang telah ditakdirkan. Walaupun, cakap tidak semudah hati yang menanggung tapi, terpaksa juga ditelan dalam2 dan berdoa penuh harap...semoga keduanya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan setiap amalan diterima Allah swt. Aminn..

Aku tidak dapat hadir kerana hubby tiada, tapi dengan info yg aku dengar suasana tadi memang memilukan...


Monday, November 23, 2009

Sekali mata berkerdip...




Sejujurnya
, iman semakin lemah dengan kesibukan takaza dunia...sifat alpa sering datang dalam diri kita sebagai manusia..ia akan datang walau hanya sekali kedipan mata...alpa..alpa..aku menggeleng-gelengkan kepala...mengeluh dan merengus..serta merungut-rungut sendiri..
Ya Allah...ya Allah, jauhkanlah aku yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Kemanisan dunia hanya datang seperti sekali kedipan mata..tapi, ia amat-amat dan cukup-cukup meratah setiap masa aku.. aku melebihkan hal-hal dunia dari hal2 agama...astafirrullah al-azimm..astafirrullah al azimm...astafirrullah al-azimm!!!

Namun, Allah sentiasa memberi bukti betapa DIA Maha dalam segala-galanya. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Allah menyayangi kami, maka cuti sekolah ini DIA tetap memilih hubby aku untuk keluar 40 hari..untuk duduk2 di rumah-NYA, untuk berada dekat-dekat dengan diri-NYA, beramal dengan-NYA.. mengingati-NYA dengan setiap kedipan mata..kerdip..kerdip dan terus berkerdip sambil lidah basah mengait-ngait zikrullah, sambil ayat-ayat suci mengalir di telinga-telinga yang mendengar...sambil setiap hembusan nafas seiring berdakwah tentang kehebatan Allah yang amat-amat payah untuk kita keluarkan dari mulut kita berbanding dengan cerita-cerita kehebatan dunia...yang setiap kerdipan mata dan setiap lidah melenggokkan alunannya akan berkata tentang hebatnya kehidupan si polan-si polan, besarnya jasa si polan- itu kepada negara, kepada apa yang dia hasilkan, kepada apa yang dia rencanakan.. tapi, untuk bercakap jasa kita kepada Allah, untuk menggembirakan Allah..apalah yang telah kita capai? Apakah kehebatan amalan kita untuk memuaskan hati-NYA?

Selepas dimesyuaratkan route hubby diputuskan ke Kedah..kali ni, hubby aku bersama jemaah istimewa..jemaah bisu..moga ia menjadi asbab hidayat...amin.

Sunday, September 27, 2009

Begitulah halnya dengan aku...timbul tenggelam, hari ni, baru ada sedikit kesempatan untuk aku menulis...pelbagai perkara menghalang...kawan2 sibuk bertanya kenapa aku tak update blog aku..aku sengih jer...hari ni, tergerak rasa hati nak menulis itupun tak banyak yang nak aku perkatakan...

9 Ramadhan/30 0g0s, jam 8.22mlm..aku selamat melahirkan seorang puteri...ha.ha..aku kumpul puteri je ler...apapun, syukur alhamdullillah anak aku sihat berbaloi walaupun 9 jam aku menanggung sakit. Pantang di musim raya...agak menguji jugak...semua benda tak boleh nak makan...tengok boleh ler....semua tu tak jadi hal.. yang penting anak2 aku gembira... dapat jumpa sepupu2 diorang..

2-3 hari ni pun abang ipar aku sekeluarga tidur sini, agak meriah jugaklah rumah aku dengan kerenah anak2 sedara aku...anak2 aku bukan kepalang gumbira...kejap gaduh kejap baik...budak2.. tengahari tadi mereka berangkat pulang ke KL.

Esok, hubby aku ke Lumut ada kursus selam 3hari... boring jugak..persekolahan pun bermula macam biasa...kehidupan rutin berlalu seperti selalunya....


Saturday, July 18, 2009

Alhamdullillah...istima' kita berakhir dengan jayanya... walaupun jemaah yang dibentuk tidak melepasi target yang diharapkan, tapi dapat jugalah walau hanya sebanyak 228 jemaah dikeluarkan... moga2 dengan itu, akan membawa kepada kita untuk tingkatkan usaha di tempat kita ini...dengan takaza2 yang datang, usaha2 makami, dan setiap menjadi amalan wajib bagi kita yang telah buat usaha agama ini..

Sekarang, jemaah masturat China sedang bergerak di Batu Gajah, Perak sehingga Isnin...agak mujahadah jugak sebab takde murtajim waktu bayan..(kita doakanlah moga Allah hantar seseorang) bagi pihak masturat didatangkan dari Perkim seramai 2 orang dan aku bawa seorang kawan seorang mualaf juga. Insyaallah, selepas ini mereka akan berpindah Taman Meru(rumah cikgu Ridhuan). Semoga dengan asbab ini hidayat tersebar serata alam....

Seronok jugak dapat terima jemaah masturat dari China,walaupun cara cakap, budaya dan pemikiran berbeza namun asbab usaha atas agama Allah SWT kita berada dalam satu landasan yang satu....ajak manusia kepada taat perintah Allah, ikut sunah Rasullullah saw.

Thursday, July 9, 2009

Tiba harinya..

Istima' memulakan peristiwanya...

Menurut hubby aku tadi istima' telah menjangkau ratusan ribu orang yang hadir...subhanallah...
dan pastinya ianya menjadi perhatian dari pelbagai pihak...meskipun aku tiada di situ menurut sumber2 yang diceritakan oleh hubby aku..sungguh hebat. dan amat teruja. berada di situ...sampai khabarnya heli pihak TV3 berlegar2 di udara, barangkali membuat liputan...atau mereka takjub dengan perhimpunan yang terlalu ramai...

Namun, bagi kita yang buat usaha agama ini bukan ramai atau besarnya istima'ini (membuatkan kita takjub )tetapi tujuan dan kenapa perhimpunan ini diadakan...dan isi2 di dalamnya...dengan kehadiran maulana2 yang datang dari jauh2 untuk bersama2 membawa kepada satu fikir iaitu fikir atas usaha agama, fikir nabi (kerisauan baginda saw) terhadap umat2nya...umat akhir zaman... benar, kita telah menyaksikan di hadapan mata kita..selangkah keluar ke pintu rumah telah terhidang di hadapan kita pelbagai kemungkaran menari2, terkinja2...bersarang dan bercorak di sekeliling kehidupan kita..yang amat menakutkan kita...zalimnya aku...tak buat dakwah kepada orang di sekliling kita...Ah! Berapa kali sangat kita cakap dakwah....dan di tempat atau masa manakah kita bercakap tentang dakwah? Banyak2lah kita baca zikir nabi Yunus tu dan istigfar...betapa kita zalim terhadap diri kita....asbab, istima' besar ini, dan doa orang2 alim moga Allah makbulkan permintaan kita....asbab istima' menjadi keberkatan kepada seluruh kehidupan kita sebagai hamba Allah swt...Amin..

Monday, July 6, 2009

Bersua lagi di sini...

Agak lama aku tidak mampir berceloteh tentang aktiviti aku di sini. Dalam pada senyapnya aku itu, sebenarnya banyak perkara berlaku, ingin aku paparkan di sini namun masa tidak mengizinkan untuk aku duduk-duduk lama di hadapan skrin laptop ni.

Dalam tempoh itu juga, banyak peristiwa sedih, suka duka dan kisah-kisah yang biasa-biasa sahaja.

Cuti sekolah yang lalu, alhamdulillah Allah s.w.t pilih aku untuk keluar Masturat 10 hari di Sg.Petani, Kedah. Jemaah kami seramai 5 pasang. Namun, sebelum keluar ke sana, jemaah aku sebenarnya tak lengkap lagi, hanya ada 2 couple sahaja, terpaksalah kami 'attach ' dahulu jemaah Masturat dari Sri Lanka yang sedang bergerak di Tapah Road, Perak. Pada asalnya, aku agak sedih dan bimbang, risau jemaah yang sepatutnya bergerak ke Sg. Petani ini terpaksa tangguh dahulu memandangkan jemaah belum cukup untuk keluar di jalan Allah.

Namun, syukur alhamdullillah, setelah ditasykil dan berkat fikir risau jemaah Sri Lanka, 3 couple lagi sedia untuk bersama jemaah kami untuk keluar ke Sg Petani. Alhamdulillah, selepas 3 hari bersama Jemaah Sri Lanka, akhirnya terbentuk jua jemaah untuk keluar ke Sungai Petani, Kedah.

Kami bergerak ke Sg.Petani, route pertama ke Bedong rumah cikgu Hijazi. kemudian ke Bukit Selambau rumah cikgu Romlan dan route terakhir di rumah Abd. Hamid di Taman Lembah Bujang.

Semasa keluar di jalan Allah ini, bayan-bayan yang disampaikan oleh orang lelaki banyak membawa kepada fikir dan risau atas ijtima' yang akan berlangsung pada 9,10 dan 11 Julai ini . (lebih kurang 3 hari lagi dari posting ini ditulis). Sewaktu berada di Jalan Allah itu, tetiba barulah aku berasa takjub dan betapa besarnya ijtima' ini kepada ummat seluruh dunia. Itulah perasaan yang timbul apabila aku berada di jalan Allah.

Jika sebelum ni apabila 'hubby' aku cerita sepulangnya dari markaz tentang bayan-bayan yang banyak menekankan tentang pentingnya ijtima', aku hanya mendengar sahaja. Namun, kerisauan terhadap istima' tidaklah begitu terasa sangat. Namun, dengan sedikit susah payah keluar di jalan Allah, dalam keadaan fizikal yang tidak berapa nak ok (tak sihat ni ) Alhamdulillah, Allah bagi aku sedikit kefahaman betapa besar dan pentingnya ijtima' ini kepada kita dan seluruh ummat...

Hujan-hujan Hidayat akan turun sewaktu ijtima' ini. Aku sebenarnya gementar betul menanti hari-hari terakhir ijtima' ini...dengan pengorbanan yang tak seberapa ini moga Allah akan memakbulkan doa-doa aku dan, doa-doa kawan-kawan yang tinggi pengorbanannya pastilah Allah akan memakbulkan. Pernah aku mendengar bayan memberitahu, sesiapa yang keluar jalan Allah sebelum ijtima' adalah roh kepada ijtima' .

Semoga selepas ijtima' ini akan banyak jemaah dapat dibentuk untuk keluar jdi jalan Allah, ke negara-negara jauh, meningkatkan pengorbanan dan tinggikan fikir kita sebagaimana fikir risau bimbang Rasullullah saw...

insyaallah..

Monday, April 27, 2009

Petang tadi, aku baru balik dari GH, abah aku sekali lagi ke tahan wad selepas sebulan lalu, diabetes, bp high, asthma, tiga penyakit dah lama abah tanggung...kali ni, lebih kepada asthma, semput ambil neb beberapa kali pun tak stable..jadi kena tahan ler pada khamis yang lalu.. tadi, aku tengok keadaan dia alhamdullillah...ada 2-3 karkun ziarah abah aku...

Aku pun tak lama di sana, balik..aku sendiri pun tak berapa sihat...maklum je lah kan...balik tadi aku hanya melepak nak buat apa pun tak larat, lepas bagi anak2 makan malam..baru aku ada keinginan nak bukak blog aku ni.. hubby aku malam ni tangguh, sekarang ada jemaah Karachi sedang bergerak...moga asbab mereka datang ke sini, hidayat akan terus tersebar...

Paling menarik, baru2 ni aku terima sms dari biras aku yang keluar di Tawau, Sabah..menurut dia, route dia sekarang di rumah seorang kenalan lama aku di Telupit, Sandakan, ketika itu kami sama2 menetap di Tanjung Malim, dan waktu tu dia first time keluar masturat dengan aku waktu tu kami keluar ke Dengkil..tak silap aku rumah Hj.Ishak...al-hamdullillah ucapan syukur terpacul keluar dari lidah aku selepas hubby aku tamat belajar di UPSI, kami lost contact dan khabarnya dia pulang ke kembali ke Sabah..membuatkan kami terputus hubungan. Dan paling penting dia masih berada bersama dalam usaha agama ini. Siapa sangka, pertemuan dia dengan biras aku di sana dapat menyatukan kami kembali. Apapun, aku masih belum contact dia sebab tak mahu mengganggu konsentrasi jemaah...insya'allah tunggulah dalam waktu terdekat nanti...