Al-hamdullillah..
aku masih meneruskan puasa hari ini dan semoga aku dapat menyempurnakan puasa aku untuk satu hari ini..insyaallah...
Walaupun agak keletihan, kerja2 rutin di rumah terpaksa juga aku siapkan. Sejak aku berpuasa agak jarang2 kami sekeluarga keluar berjalan2 menghabiskan waktu senggang atau beriadah. Kalaupun kami keluar hanya ke pejabat pos untukmenguruskan proses penghantaran barang2 yg di'order' oleh buyer.
Nampaknya, hubby aku hanya berkesempatan untuk nusrah jemaah(nusrah full), insyaallah semoga Allah akan pilih hubby aku untuk keluar jemaah 3 hari sempurna selepas ini. Kesibukan dunia terlalu menghimpit, semoga Allah ampunkan kami kerana terlalu melebih2kan takaza dunia..
Cukuplah catatan setakat ini, aku perlu menyiapkan diri untuk berbuka..salam.
Saturday, July 17, 2010
Friday, July 16, 2010
Salam Jumaat buat teman2 blog..
SEJUJURNYA hati ini terpanggil untuk menulis kerana sudah 7 bulan, aku seakan2 bercuti dr menulis di blog ini tetapi semakin rancak melayan facebook.. emmm...
Dalam tempoh itu sudah pastilah pelbagai perkara terakam indah dalam hidup aku..dan banyak jugak perkara2 yg agak enteng utk dikongsikan di sini...tak kisahlah tu... tapi, hari ini aku sekadar nak bercerita apa yang terlintas di fikiran aku di ketika ini dan waktu ini. Hari ini adalah hari ke4 hubby aku menanggung sakit2 (demam, selsema @ jugak tidak sedap badan) dan dia diberi cuti sakit. Simpati dan sedih bercampur menjadi satu. Apa yang termampu aku lakukan khidmat sekadar sepatutnya, berserta dengan doa kepada Allah swt supaya dia disembuhkan seperti selalunya. Kesakitannya membuatkan suasana rumah ini hilang keceriaan dan penuh kesuraman.
Bagi puteri2ku pula, seperti selalunya penuh pelbagai tingkah ketawa, bermain, menangis, bercoletah dengan pelbagai lakonan dan lagak yang direka serta sedikit2 melayan angin yang tidak menentu( berebut2kan barang2 yang dimain). Bagi Nurul Hanin (anakku yang paling kecil) mula menunjukkan pelbagai aksi antaranya menggeleng2 jika 'taknak', mengangguk2 jika mahu (lagaknya seperti org Jepun bila bertemu dan berpisah), tetapi masih belum ada tanda2 mahu berjalan sendiri (hanya sekadar berdiri dengan bantuan dinding dan perabot rumah) dan gigi juga belum menampakkan di gusi. Tapi, telatahnya agak menghiburkan dengan bunyi bising mulutnya menyebut2 perkataan yang dia sendiri pun belum memahaminya..
Dengan izin Allah, semoga hubby aku dapat keluar 3 hari minggu ini walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.. Ya Allah, rahmatilah kami dengan kasih sayangMu..hamba yang selalu dan alpa ini.. amin ya rabbil alaminn....

Subscribe to:
Posts (Atom)