Monday, October 11, 2010

Suara Dari 4 Dinding

Suara Dari 4 Dinding

Assalammualaikum sahabat seusaha, dengan limpah dan kasih sayang yang Allah swt berikan kepada kita, dan rasa syukur yang tidak terhingga aku masih berada di bumi Allah ini.

Syawal telah melabuhkan tabirnya, dengan kesibukan musim raya ke sana dan ke sini berhasrat merapatkan ukhuwah sesama kita, minggu2 terakhir ini menjadi satu musim ramai yang dilanda penyakit demam, batuk dan selsema. Yalah, umumnya kesakitan diberikan oleh Allah semata2 memberi peringatan dan rasa kasih Allah terhadap kita agar kita sentiasa mengingati Allah setiap masa dan keadaan..

Kelima2 puteri terganggu kesihatan mereka, batuk2 sehingga muntah mengganggu lena di malam hari, diserang asthma, demam dan sebagainya. Satu situasi menguji hati seorang ibu seperti aku dan menuntut kesabaran yang tinggi untuk mendepani gangguan kesihatan mereka. Kesihatan mereka menyentap dan meresahkan tangkai hati aku, membuatkan aku lebih kuat berdoa supaya Allah segera meredakan kesakitan yang ditanggung puteri2ku. Sementara pemelajaran mereka asyik terganggu dek kerana kerapkali tidk dapat menyertai persekolahan. Cakap2 dan dengar2 ramai juga di kalangan teman2 mengalami situasi seperti aku sehingga anak2 mereka terpaksa di tahan di wad kerana diserang demam yang serius.

Semoga selepas ini, kesihatan diri kita, suami, anak2 dan orang2 di sekeliling kita akan bertambah baik serta dapat menjalani ibadah harian dengan sempurna dan istiqamah. Insyaallah apa jua yang kita lakukan kita sentiasa kaitkan dengan Allah swt, kerana apa jua yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Amin...