buat semua teman seper'tablighan dan sesiapa jua yang sudi membaca. Walau di mana kalian berada dan apa jua yang melorongkan kalian biarlah semuanya ke arah Allah swt. Ke arah perkara baik-baik sahaja. Alhamdullillah semoga niat kebaikana sentiasa berada di dalam hati kita. Amin.
Agak lama saya tidak update entri di blog saya, kesibukan waktu terhadap tugas-tugas menyempitkan masa saya nak melayari blog ini. Kita sudah telah melalui keazaman baru dengan pertukaran kalendar hijriah 1434 bersama dengan itu juga kita bakal meninggalkan 2012 dalam sebulan sahaja lagi. Pastilah sudah banyak saham kebaikan yang telah kita lakukan untuk memenuhi ganjaran yang sangat setimpal untuk kita di sana. Insyaallah. Semoga kekeruhan lalu dapat kita tukar dengan kebaikan-kebaikan di masa depan. Kekerapan beristiqfar dalam tindak-tanduk kita moga Allah terima dan sentiasa mengampunkan kita yang selalu khilaf.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Kebiasaan akhir-akhir November ramailah yang menyediakan diri untuk khuruj fisabillillah. Termasuklah nisab tahunan suami saya. Kini, menambahkan korban KELUAR 2 BULAN JALAN KAKI, mengikut kiraan hari ini sudah 27 hari jemaah suami aku bergerak merentas di atas sayap-sayap para malaikat di bumi bawah bayu iaitu di Sandakan, Sabah. Semoga jemaah jalan kaki akan diberi kerahmatan dan kasih sayang serta dipermudahkan Allah swt. Amin.
Dengan kasih sayang Allah jua semoga puteri-puteriku yang jauh dipelihara Allah swt.