Tuesday, March 10, 2009

Khabar dari aku..

Cukup 3 minggu aku stop tak muncul di entri aku...maklumlah banyak perkara yang berlaku dalam masa senyapnya aku...

Perkara besar yang berlaku adik perempuan bongsu aku baru selesai menjalankan walimahnya selamat diijabkabul sabtu yang lepas..al-hamdullillah...semuanya selamat.. kami satu keluarga kepenatan..biasalah kenduri kahwin...aku tak nak komen apa2 sepanjang majlis tu..sebab aku banyak dok kat dalam rumah...kawan2 yang nak jumpa aku semua kena menjenguk aku ke bilik.. macam aku pulak pengantin hari tu... alah, orang macam kita ni kalau nak privacy situlah tempat paling strategik..

Tapi sehari sebelum adik aku nikah, petang tu, kami sekeluarga bersiap2 dah nak keluar pergi rumah mak..dalam waktu incident yang terduga my baby Nani berlari meluru kemeja, apalagi darah menyimbah..mu hubby cepat menerpa lalu memangku Nani yang berlumuran darah..suasana panik..kami tak tahu bahagian mana yang terluka..cemas..cuak.. my hubby tak berani pandang(hanya kain yang menutup dahi, tudung yang dipakai Nani boleh diperah bersimbah darah)... my hubby suruh aku start enjin kereta..kami bergegas hantar anak2 aku yang lain ke rumah mak, kami terus ke GH..dalam perjalanan tu...aku dalam cemas tu beranikan diri membuka kain yang menutup dahi...dekat pelupuk matanya terbelah..darah tak berhenti2,
Aku bersyukur tak terkena matanya..dan, setibanya di hospital tak perlu jahit..cuma plaster (gam)... dan hari ni, lukanya dah sembuh...cuma mungkin ada kesan parut sikit...macam tulah kita sayangkan anak..maka Allah lebih lagi menyayangi hamba-Nya.

Aku sebenarnya ada takaza keluar masturat ke Labuan cuti sekolah ni.. jemaah tu ada 3 couple jer...tapi kekangan takaza dunia..aku tak dapat sambut takaza tu...Insyaallah 16 mac ni, aku keluar 3 hari sebab nisab aku dah sampai...kawan2 doa2kanlah untuk ku supaya dapat keluar..

6 comments:

UmmuSarah said...

Salam sis,

Alhamdulillah Nani dah sembuh...Allah pelihara Nani dari sebarang perkara yg buruk2. Mmg cuak sgt kalau ada apa2 yg terjadi pd anak2 kita. Rasanya mcm jantung nak gugur. Walau bagaimana cinta & kasihnya kita pd anak2...namun bila tiba saat kita harus sambut takaza agama, maka kita harus usahakan juga. Samalah macam akak, gagal nak sambut takaza yg dibentang utk ke Labuan. Masa awal2 nak bentuk jemaah ke Labuan, nama kami termasuk dlm senarai ahli jemaah yg asal.Allah dah beri kami peluang tapi kami tak mampu ambil. Maka ruginya adalah utk diri kami juga. Istighfar banyak2. Semoga Allah beri kami kekuatan utk dahulukan takaza agama melebihi takaza dunia. Doalah utk kami. Keluar 16 hb ini ke mana?

UmmuNurul said...

Salam kembali,

Maaf lambat reply..
Keluar 3hari kat Teluk Intan rumah ckgu Hanim...kenal ker? Kami 4 couple jer, mulanya 7 couple tapi, masing2 ada takaza lain..insyaallah dilain waktu Allah akan pilih..
Biras saya akan keluar masturat 40h ke Tawau pada 30mac ni...doakanlh rakan2 seusaha kita semoga Allah pilih lagi dan lagi..

azharjaafar said...

Salam,

Alhamdulillah, sy ke Labuan masa 2 mengandungkan Ainul Mardhiah 4bln. Mujahadah gak sb masa 2 tgh pening2 lalat gitu... skrg mardhiah dh 3thn. lama x klr mstrt. rindu rasanye...

Ahlia Azhar

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam..wah..dunia sudah berubah,,ayo musalmano,aine kaffah...

azharjaafar said...

Salam

Kenape x bole bukak topic `pencarian'. Ape problem yek? (Sorry, the page you were looking for in the blog Suara Dari 4 Dinding does not exist).

Ahlia Azhar

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ...

Doakan saya dapat sambut takaza masturat tahun ni. Dah lama dah tak keluar, dah 'berkarat' dah.
Minta Allah swt mudahkan ...
Insya-Allah