Monday, April 27, 2009

Petang tadi, aku baru balik dari GH, abah aku sekali lagi ke tahan wad selepas sebulan lalu, diabetes, bp high, asthma, tiga penyakit dah lama abah tanggung...kali ni, lebih kepada asthma, semput ambil neb beberapa kali pun tak stable..jadi kena tahan ler pada khamis yang lalu.. tadi, aku tengok keadaan dia alhamdullillah...ada 2-3 karkun ziarah abah aku...

Aku pun tak lama di sana, balik..aku sendiri pun tak berapa sihat...maklum je lah kan...balik tadi aku hanya melepak nak buat apa pun tak larat, lepas bagi anak2 makan malam..baru aku ada keinginan nak bukak blog aku ni.. hubby aku malam ni tangguh, sekarang ada jemaah Karachi sedang bergerak...moga asbab mereka datang ke sini, hidayat akan terus tersebar...

Paling menarik, baru2 ni aku terima sms dari biras aku yang keluar di Tawau, Sabah..menurut dia, route dia sekarang di rumah seorang kenalan lama aku di Telupit, Sandakan, ketika itu kami sama2 menetap di Tanjung Malim, dan waktu tu dia first time keluar masturat dengan aku waktu tu kami keluar ke Dengkil..tak silap aku rumah Hj.Ishak...al-hamdullillah ucapan syukur terpacul keluar dari lidah aku selepas hubby aku tamat belajar di UPSI, kami lost contact dan khabarnya dia pulang ke kembali ke Sabah..membuatkan kami terputus hubungan. Dan paling penting dia masih berada bersama dalam usaha agama ini. Siapa sangka, pertemuan dia dengan biras aku di sana dapat menyatukan kami kembali. Apapun, aku masih belum contact dia sebab tak mahu mengganggu konsentrasi jemaah...insya'allah tunggulah dalam waktu terdekat nanti...


Sunday, April 26, 2009

Sendiri..sendiri..

Today, aku sendiri...saja diri rumah ditemani 4 puteriku, nisab hubby aku tiap2 bulan kena taat.tapi, dia keluar dekat jer...kampung sebelah jer...macam biasalah kalau hubby keluar aku cuba memenuhkan masa aku dengan pelbagai kerja...walaupun hakikatnya aku bukan larat sangat nk buat kerja...

Baru2 ni, ada berita sedih yang aku terima dari seorang kawan..ketika itu aku ke tempat membeli barang2 basah keperluan rumah, biasalah makcik2 di situ bercerita2 tentang si polan..aku banyak diam jer..maklumlah baru sampai takkan tetiba nak menyampuk pulak..walaupun aku tak pasti siapa yang mereka ceritakan tapi melalui instinct aku dapat agak si polan mana yang sedang mereka maksudkan.. Sepulangnya aku ke rumah, aku call my hubby ceritakan tentang agakkan aku tu???

After solat Jumaat, hubby aku cakap telahan aku benar bahawa anak kawan aku tu baru berusia 3 bulan meninggal...sedih aku mendengarnya..barangkali lemas@ tersedak susu..sebenarnya aku ralat jugak sebab tak sempat ziarah dia masa dalam pantang hari tu...banyak sangat takaza...moga2 dia tabah dan sabar dengan ujian Allah swt ni..

Thursday, April 23, 2009

Sabtu lalu, aku ke Puncak Alam, rumah adik aku yang baru sebulan lalu bernikah, aku bawa mak sekali. First time, aku masuk ke Puncak Alam ni, jemu betul perjalanan menuju ke rumah adik aku ke Astana 2. Apapun, aku suka environment di sekeliling penuh kehijauan dengan keindahan gunung-ganang.

Rupanya sepupu hubby aku ramai yang tinggal kat area situ, sempatlah kami pergi ziarah. Kami sekeluarga tidur semalam di situ, kemudian, esoknya awal pagi aku ke Putrajaya..bawa anak2 berjalan...sebelum tu, aku sempat ziarah rumah rakan seusaha yang aku kenal kali pertama ketika keluar India 40days hari tu, sesat juga ler kami melilau mencari rumah dia kat Putrajaya tu.. aku sempat jumpa sekejap sebab dia nak hantar kakak iparnya ke KLIA, akan berangkat ke Indonesia.

Kemudian, after solat zohor di masjid Putrajaya tu, kami menuju ke Nilai...saja cuci2 mata di sana, nak ikram orangtua..asyik sebut nak ke Nilai 3 tu...dalam 3 jam kami di sana, kami pusing semula menuju ke Shah Alam menuju ke rumah abang ipar aku pulak, di situ kami tidur semalam kepenatan.

After subuh, kami bergerak menuju ke KL, rumah kakak aku terletak di Ampang, di situ kami bertenggek sampai jam 2.00ptg. Sebelum berangkat ke Ipoh, kami singgah di Jinjang anak2 abang ipar aku ada di situ..sekarang dah lebih 20hari mereka di Sabah, al-hamdullillah anak2 mereka sihat. Lepas tu, kami bergerak ke Bandar Baru Selayang rumah Mak Tih aku, ziarah opah aku yang uzur benar dah...usia dia dalam 80 lebih.. kemudian kami bergerak terus pulang ke Ipoh dalam kepenatan yang amat sangat tapi macamana pun aku berpuas hati sebab dapat ziarah saudara mara yang dah lama aku tak jumpa...