Saturday, July 18, 2009

Alhamdullillah...istima' kita berakhir dengan jayanya... walaupun jemaah yang dibentuk tidak melepasi target yang diharapkan, tapi dapat jugalah walau hanya sebanyak 228 jemaah dikeluarkan... moga2 dengan itu, akan membawa kepada kita untuk tingkatkan usaha di tempat kita ini...dengan takaza2 yang datang, usaha2 makami, dan setiap menjadi amalan wajib bagi kita yang telah buat usaha agama ini..

Sekarang, jemaah masturat China sedang bergerak di Batu Gajah, Perak sehingga Isnin...agak mujahadah jugak sebab takde murtajim waktu bayan..(kita doakanlah moga Allah hantar seseorang) bagi pihak masturat didatangkan dari Perkim seramai 2 orang dan aku bawa seorang kawan seorang mualaf juga. Insyaallah, selepas ini mereka akan berpindah Taman Meru(rumah cikgu Ridhuan). Semoga dengan asbab ini hidayat tersebar serata alam....

Seronok jugak dapat terima jemaah masturat dari China,walaupun cara cakap, budaya dan pemikiran berbeza namun asbab usaha atas agama Allah SWT kita berada dalam satu landasan yang satu....ajak manusia kepada taat perintah Allah, ikut sunah Rasullullah saw.

5 comments:

Sofinee Harun said...

Insya Allah..nampaknya kena banyaklah tawajuh..Alhamdulillah ijtimak dapat berjalan dgn jayanya disebabkan banyak keberkatan dari segi kekayaan dunia yang Allah dah bagi kepada karkun. Cuma kekadang bila kita di uji dgn kekayaan..ujian lebih dasyat dari semasa Allah uji dengan kesusahan..Ingat dulu lebih sepuluh tahun lepas, ada jemaah masturat fillipine dtg ke Malaysia. Salah satu couple ni terpaksa jual rumah untuk keluar masturat ke malaysia.

Semoga kita sama2 dapat lebih tawajuh, dan berharap semga seramai yang datang, jugalah seramai boleh dapat di keluarkan, kerana itulah maksud ijtimak..Insya Allah..

Ahliahnizam said...

Ya, Insya-Allah ..... semoga jemaah-jemaah yang sedang keluar sekarang ini dapat mengeluarkan jemaah-jemaah lain untuk terus buat usaha dakwah seluruh alam ....

Walaupun kita datang dari negara berbeza, warna kulit, bahasa yang berbeza, tapi kita mempunyai IMAN yang sama ....amin

UmmuNurul said...

saudari ummi,

Mereka2 yang sanggup korbankan harta benda, wang ringgit dan masa, mereka inilah Allah telah campakkan kefahaman agama Allah swt dalam diri mereka, kita kena belajar dengan sifat seperti ini, kita(saya ler tu) bermewah2 ini pula masih teragak2 nak keluarkan wang ringgit mana kita tahu pengorbanan pada jalan ALLAH swt ini tinggi nilainya dan amat besar hitungannya.

Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa2 hambaNya yang alpa dan terlalu berkira2 ini. Benar, bagi jemaah2 yang telah dibentuk dan telah bergerak semoga dapat mengeluarkan lebih ramai jemaah cash selepas ini...sama2lah kita berdoa...insyaallah.

UmmuNurul said...

Saudari ahliahnizam,

Allah tidak pandang siapa kamu, bangsa kamu, kulit kamu, status kamu,
tetapi, keimanan kamu. Kejayaan kita hanya apabila kita taat perintah Allah swt dan ikut sunnah rasullullah saw.

Sekiranya Allah pandang kejayaan manusia pada pemerintahan pastilah Firaun telah berjaya, sekiranya Allah pandang kekayaan satu kejayaan pastilah Qarun telah berjaya begitu juga sekiranya Allah pandang pangkat sebagai kejayaan pastilah Haman telah berjaya...tetapi,pemerintahan yang hebat, kekayaan dan pangkat jika tidak taat perintah Allah Swt maka ianya tiada nilai di sisi Allah swt.

Oleh itu, kita perlu letakkan diri kita sentiasa dalam pandangan Allah swt, dan terus kekal dalam usaha agama Allah swt sehingga nafas yang terakhir...

Untuk jaga iman dalam diri kita kena ada pengorbanan iaitu keluar lagi dan lagi...dakwah lagi dan lagi...sampai kita tiada lagi...

SYUKRI ABDULLAH said...

salam ziarah..
jazakallah khair pd akak yg sudi buat ghast d blog sy.smemangny tak ramai yg nak mgetahui dan nak ambil tau sunnah itu ada kjayaan...seratus pahala syahid xdpt...rugi..rugi..rugi..

p/s :kluar masturat kat cni,keningau sabah(markas beufort) insyallah...