Dengan rahmat Allah swt, moga terus berada dalam usaha ini..
Sejak akhir-akhir ini, terlalu sarat dengan rencaman kebatilan muncul dengan nada kegarangan dan keegoaan, moga kita tidak tersasar dan tergoyah iman.
Ah! Dunia ini amat menyeramkan dengan ciptaan-ciptaan manusia melukis wajah sendiri dan ingin menjenamai diri! Harus percaya dan menyakini bahawa usaha yang telah menjadi purba pada tanggapan mereka, itulah yang meranduk sepanjang zaman hingga ke hari kiamat! Allahhu.
Usaha susah payah Rasullullah saw penuh payah dan derita darah serta tohmah; perjuangan mati berani sahabat r.a wajar tertancap dan dibenamkan ke dalam jiwa. Mengapa kita perlekehkan? Nada jiwa kini sendu kita bergemerincing dan membingitkan luka kerana mereka terlupa. Tanpa pengorbanan mereka entah di mana kita sekarang.
Pilu dan sedih. Gementar kita melangkahkan kaki menghadap dunia yang semakin meracau-racau dengan ketaksuban dan keangkuhan. Banyaknya kita terlupa, terlalu mengagungkan kebatilan dan keserakahan dunia; kita terlupa ada perkampungan atau desa terpencil, ada negara gagah dan membara pembangunannya tidak kenal Assasul quran? Terketar-ketar melafazkan al-fatihah? Dan, lebih mengerunkan mati tanpa kalimah? Kalimah LAILLAHHAILLAH!!!
Siapa yang akan menggendong amanat ini? Siapa yang akan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan ini? Kita? Kitalah?
Sama ada jord atau perhimpunan ( istima') dunia atau setempat perkara yang terpancur adalah takaza-takaza yang terlalu sarat. Rasa tidak cukup tanah nak terjejak dan berpijak. Betapa sarat jiwa dengan bersarang rasa bersalah dan tak tertanggung, hendak bersambut takaza-takaza dunia membawa titis-titis penuh resah dan kerisauan.
Wahai sahabat,
benarkah kita telah buat usaha ini? Benarkah kita telah menjalankan amanat ini dengan serius dan sungguh-sungguh? Ah..kita hanya bermain-main, seperti meletakkan kaki di gigi air dan menguis-nguis manja air di hujung jari-jari kaki.
Maka, apabila terlalu banyak kebatilan muncul, kita mengeluh dan bersungut hiba. Aduhai.. Aku masih belum buat kerja ini.
No comments:
Post a Comment