Monday, July 6, 2009

Bersua lagi di sini...

Agak lama aku tidak mampir berceloteh tentang aktiviti aku di sini. Dalam pada senyapnya aku itu, sebenarnya banyak perkara berlaku, ingin aku paparkan di sini namun masa tidak mengizinkan untuk aku duduk-duduk lama di hadapan skrin laptop ni.

Dalam tempoh itu juga, banyak peristiwa sedih, suka duka dan kisah-kisah yang biasa-biasa sahaja.

Cuti sekolah yang lalu, alhamdulillah Allah s.w.t pilih aku untuk keluar Masturat 10 hari di Sg.Petani, Kedah. Jemaah kami seramai 5 pasang. Namun, sebelum keluar ke sana, jemaah aku sebenarnya tak lengkap lagi, hanya ada 2 couple sahaja, terpaksalah kami 'attach ' dahulu jemaah Masturat dari Sri Lanka yang sedang bergerak di Tapah Road, Perak. Pada asalnya, aku agak sedih dan bimbang, risau jemaah yang sepatutnya bergerak ke Sg. Petani ini terpaksa tangguh dahulu memandangkan jemaah belum cukup untuk keluar di jalan Allah.

Namun, syukur alhamdullillah, setelah ditasykil dan berkat fikir risau jemaah Sri Lanka, 3 couple lagi sedia untuk bersama jemaah kami untuk keluar ke Sg Petani. Alhamdulillah, selepas 3 hari bersama Jemaah Sri Lanka, akhirnya terbentuk jua jemaah untuk keluar ke Sungai Petani, Kedah.

Kami bergerak ke Sg.Petani, route pertama ke Bedong rumah cikgu Hijazi. kemudian ke Bukit Selambau rumah cikgu Romlan dan route terakhir di rumah Abd. Hamid di Taman Lembah Bujang.

Semasa keluar di jalan Allah ini, bayan-bayan yang disampaikan oleh orang lelaki banyak membawa kepada fikir dan risau atas ijtima' yang akan berlangsung pada 9,10 dan 11 Julai ini . (lebih kurang 3 hari lagi dari posting ini ditulis). Sewaktu berada di Jalan Allah itu, tetiba barulah aku berasa takjub dan betapa besarnya ijtima' ini kepada ummat seluruh dunia. Itulah perasaan yang timbul apabila aku berada di jalan Allah.

Jika sebelum ni apabila 'hubby' aku cerita sepulangnya dari markaz tentang bayan-bayan yang banyak menekankan tentang pentingnya ijtima', aku hanya mendengar sahaja. Namun, kerisauan terhadap istima' tidaklah begitu terasa sangat. Namun, dengan sedikit susah payah keluar di jalan Allah, dalam keadaan fizikal yang tidak berapa nak ok (tak sihat ni ) Alhamdulillah, Allah bagi aku sedikit kefahaman betapa besar dan pentingnya ijtima' ini kepada kita dan seluruh ummat...

Hujan-hujan Hidayat akan turun sewaktu ijtima' ini. Aku sebenarnya gementar betul menanti hari-hari terakhir ijtima' ini...dengan pengorbanan yang tak seberapa ini moga Allah akan memakbulkan doa-doa aku dan, doa-doa kawan-kawan yang tinggi pengorbanannya pastilah Allah akan memakbulkan. Pernah aku mendengar bayan memberitahu, sesiapa yang keluar jalan Allah sebelum ijtima' adalah roh kepada ijtima' .

Semoga selepas ijtima' ini akan banyak jemaah dapat dibentuk untuk keluar jdi jalan Allah, ke negara-negara jauh, meningkatkan pengorbanan dan tinggikan fikir kita sebagaimana fikir risau bimbang Rasullullah saw...

insyaallah..

3 comments:

izat said...

Assalamualaikum kak,
Tiga tahun lepas, saya pun keluar masturat kat sg petani ( Kg Penghulu Him ). Tu cerita tiga tahun dulu, sekarang tgh tempoh menyusu.. insya Allah, nak keluar nanti. Semoga Ijtimak kali ini dapat keluarkan ramai lagi jemaah seluruh dunia dan semoga hidayat tersebar seluruh alam.

UmmuNurul said...

saudari izat,

Wa'laikummusalam...sama2lah kita berdoa..byk jemaah dapt dibentuk after istima' ini...tak sabar dengar karkuzari seterusnya tentang perkembangan istima' yang sedang berlangsung...istima' sri lanka yang lalu...masturat mereka akan berpuasa, zikir, Quran amalkan solat2 sunat...maka, istima' mereka dapat keluarkan beribu2 jemaah asbab amalan dan doa mereka..lalu, kita sebagai masturat kena belajar sifat mereka supaya M'sia juga dapat mensasarkan target untuk keluarkan ramai jemaah...insyaallah sama2lah kita berdoa...

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ...
Doakan Allah swt mudahkan urusan saye ye kak. Azam nak keluar ni, lameee dah tak keluar, dah 'brkarat' dah ni :(