Sunday, September 27, 2009

Begitulah halnya dengan aku...timbul tenggelam, hari ni, baru ada sedikit kesempatan untuk aku menulis...pelbagai perkara menghalang...kawan2 sibuk bertanya kenapa aku tak update blog aku..aku sengih jer...hari ni, tergerak rasa hati nak menulis itupun tak banyak yang nak aku perkatakan...

9 Ramadhan/30 0g0s, jam 8.22mlm..aku selamat melahirkan seorang puteri...ha.ha..aku kumpul puteri je ler...apapun, syukur alhamdullillah anak aku sihat berbaloi walaupun 9 jam aku menanggung sakit. Pantang di musim raya...agak menguji jugak...semua benda tak boleh nak makan...tengok boleh ler....semua tu tak jadi hal.. yang penting anak2 aku gembira... dapat jumpa sepupu2 diorang..

2-3 hari ni pun abang ipar aku sekeluarga tidur sini, agak meriah jugaklah rumah aku dengan kerenah anak2 sedara aku...anak2 aku bukan kepalang gumbira...kejap gaduh kejap baik...budak2.. tengahari tadi mereka berangkat pulang ke KL.

Esok, hubby aku ke Lumut ada kursus selam 3hari... boring jugak..persekolahan pun bermula macam biasa...kehidupan rutin berlalu seperti selalunya....


5 comments:

Ummu Fatimah said...

Salam. Tahniah dapat lagi seorang puteri. Patut la lama menyepikan diri ya? Ana buat masa ni rehat dulu la. Penat...ada 4 puteri, 1 putera. Doakan mereka jadi daie & daieah. InsyaAllah.

SYUKRI ABDULLAH said...

salam kak...tahniah dgn 'umat' nabi yg selamat dlahirkan...ahlia ana pun baru slamat bersalin 3sept2009 yg lepas...bakal karkun lahir...semoga Allah jadikan anak2 akak hafiz/hafizah,alim/alimah dan daie2 allah....doakan tuk ana jg (doa perempuan lebih mustajab,insyallah)

UmmuNurul said...

salam kembali,

Ummu Fatimah, Jazakallah kerana atas keperihatinan saudari. Walaupun belum dikurniakan putera dalam hidup kami, saya tetap bersyukur dan gembira menerima puteri baru dalam rumahtangga kami..pertama kerana dia sihat dan comel..insyaallah sama2lah kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita..semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk amanah2 Allah ini...

UmmuNurul said...

saudara,

jazakallah dan tahniah juga buat saudara serta ahlia..sama2lah kita mendoakan untuk mereka...

ahlia azharjaafar said...

Tahniah (masih xterlmbtkan?) semuga mjadi ank yg solehah, penyejuk mata ibu bapanya n daie'ah....amin