Monday, November 30, 2009

10 hari telah berlalu...

Hubby aku keluar di Sg.Petani bersama 13 karkun yg lain...bercampur dengan jemaah bisu...
dalam tempoh tu aku hanya mampu berdoa supaya jemaah ini disatukan hati dan menjadi asbab hidayat pada orang-orang tempatan di situ...

Hari ni, aku dikunjungi adik beradik hubby aku...selain ziarah aku, mereka baru pulang dari pengkebumian bapa saudara sebelah mak mertua aku...pemergian achik Ran dan makcik Mah amat tragis, mereka konvoi anak-beranak ke Kelantan semalam, untuk menghantar pengantin ke sana, tetapi dengan rencana yang Allah tetapkan kereta yg mereka naiki berlanggar di Gerik, Perak. Khabarnya, amat menyayat hati dan meruntun jiwa sesiapa yg melihat, di saat baru seminggu melangsungkan perkahwinan anak mereka(pastilah amat menggembirakan), namun, kuasa Allah mengatasi segalanya dan itu adalah ketetapan dari-Nya. Kita pasrah dan redha menerima setiap apa yang telah ditakdirkan. Walaupun, cakap tidak semudah hati yang menanggung tapi, terpaksa juga ditelan dalam2 dan berdoa penuh harap...semoga keduanya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan setiap amalan diterima Allah swt. Aminn..

Aku tidak dapat hadir kerana hubby tiada, tapi dengan info yg aku dengar suasana tadi memang memilukan...


5 comments:

ahlia azharjaafar said...

Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati...sedih memanglah sedih tp kite xdpt nk lwn qada' n qadar yg tlh ditentukan Allah. Ajalnye tlh tiba..kite bgaimana ye???

UmmuNurul said...

BENAR...

Semua Allah telah tetapkan..berdoalah kita kepada mereka yang pergi moga ALLAH benar2 meletakkan mereka di kalangan yang terpilih...ke syurganya...umat pilihan rasullullah saw..dan unutk diri kita yg tidak tahu bila akan dijemput nanti..tetaplah berada dalam pemeliharaan ALLAH SWT..AMIN.

ahlia azharjaafar said...

Salam,

Sy ade takaza nk bg kt awak..itupun kalo awak sudi...ini email add sy.. rohanaishak@yahoo.com or bole cari sy di facebook. nti sy citer ye..jazakillah

Yard said...

salam ziarah
smoga ALLAH pilih saya kuar lps abes exam nh

minx izin link

hainur hapis said...

http://blogkarkun.blogspot.com/