Wednesday, July 20, 2011



Salam ukhuwah assalammualaikum,




23 Jun 2011 lalu, dengan rutin aku menghantar puteri2 ke sekolah di waktu awal pagi, dengan kuasa Allah swt jua setiap yg terhimpun di muka bumi Allah telah direncana dengan baik sekali, apa jua yang datang itulah tanda setiap peringatan demi peringatan Allah berikan utk tingkatkan tawajuh dan keyakinan kita Allah jualah pencipta takdir (qadha dan Qhada').

Itulah yang terjadi kepada aku di kala, kereta sudah berhenti di pagar rumah deringan handset membantutkan aku utk membuka pintu kereta, panggilan ipar kuterima meminta aku menghantar surat permohonan cuti 2 bulan pedal yg ada dlm kereta aku ke rumah abang ipar aku, dalam gesa aku menuju ke rumahnya yang ambil masa 10 minit. Ketika dalam perjalanan pulang, entah apa yang akufikirkan, entah apa yang menghalang pandangan aku, aku tersasar lalu menghentam kereta di selekoh ketika aku hendak membelok ke kanan jalan. Subhanallah! Allahhu akhbar! Dentuman kuat yang aku nampak pemandu di depan aku terpaku, aku panik melihat Hanin puteri bongsuku tergolek di seat, tertegun seketika,aku menenangkannya. Aku reverse sedikit, kereta senget ke kanan, tayar terkeluar, remuk bumper. Allah!

Kereta Iswara depan aku remuk sebelah kanan, radiatornya pecah! Alhamdullillah pemandunya tidak apa2, cuma terhantuk kepala. Berkali2 aku mohon maaf, kerana silap itu datang dari aku.
Bahu kanan, kaki kanan aku dan tengkuk sakit akibat hentaman, syukur Hanin tidak apa2.
3 minggu kereta di bengkel, siap Sabtu lepas dan kesannya aku masih trauma drive sehingga hari ini.

Tak tahulah! Asbab musibah itu cuti abang ipar aku LULUS, dan sekarang jemaahnya sudah seminggu lebih bergerak di Seremban, N9. Paling menggembirakan juga semalam, khabar abang ipar aku yang tua visa ke India dapat 3 bulan! Al-hamdullillah, hanya 2 orang sahaja yang lepas untuk ke India, dengan keadaan insiden letupan di Mumbai, pastilah agak payah untuk bentuk jemaah ke sana!

Aku masih ingat, tahun 2008 lepas ketika aku keluar masturat di India insiden letupan juga berlaku di Mumbai. Aku dan hubby kena lebih tawajuh nampaknya, khabarnya insiden itu 2 bulan kemasukan ke India disekat! Moga mesyuarat Nizammuddin, India bulan Sept 2011 ini, dapatlah hubby aku turun nanti, tiket sudah beli, passport x perlu renew, sekarang harap2 visa menjadi penentu!

Apa jua yang berlaku, semua dalam perancangan Allah swt belaka, dengan tawajuh dan ikhtikad yang benar dan pengharapan yang tinggi insyaallah, Allah jualah yang menentukannya! Amin..

Wednesday, July 13, 2011

Assalamualaikum dan salam kembali bersua...

Lantaran kesibukan dunia yang melampau, syukur Allah swt yang penuh dengan kasih sayang dan kecintaan yang tinggi terhadap hambaNya tetap memberikan aku ruang yang teramat sedikit untuk aku tidak terputus dalam leka akan usaha agama Allah swt, maka dalam tahun 2011 ini sahaja sudah 2 kali aku terima jemaah masturat Pakistan.

Dan, atas fikir dan korban yang tinggi jemaah ini, bimbang setelah 6 route tidak menerima satu pun jemaah cash, mereka ambil keputusan tidak akan bersarapan selagi jemaah cash 3 hari tidak dapat dikeluarkan. Dengan tawajuh yang tinggi, alhamdullillah, sebelum mereka bergerak untuk route seterusnya dapat jugak jemaah masturat tempatan dikeluarkan.

Dalam tempoh beberapa bulan selain menerima jemaah lelaki atau masturat, banyak juga rumah yang menyediakan rumah untuk bayan adhoc, semetelah itu, esok ada bayan adhoc dari jemaah Singapore akan diadakan di rumah cikgu Ridhuan Penanti,Taman Jati, Ipoh, Perak.

Pengakhiran tahun 2011 ini yang membawa bulan November, maka nisab aku untuk keluar 40 hari atau 2 bulan Negara Jauh /Negara jiran sudah tiba. Walaupun banyak kebimbangan dalam hati kerana 3 tahun sudah tidak keluar, aku tetap berharap moga Allah akan pilih aku untuk khuruj fisabillillah. Insyaallah! Doa2 teman seperjuangan moga sentiasa mengiringi untuk Allah pilih aku tahun ini. Ya Allah mudahkanlah segala2nya...Aminnnnnnnnn..

Wednesday, February 2, 2011

Datangnya musim berbeza..2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Hati terpanggil lagi untuk muncul, tahun demi tahun menyalin diri, aku masih di sini dengan harapan mencakar gunung namun kaki tersangkut di akar uji. Aku perlu letak keazaman dan korban rasa serta perasaan lagi. Syukur terbit pada nafas yang dalam, kutarik dan kuhela panjang-panjang. Ya, Allah segala puji bagiMu. Engkau pilihlah aku lagi.

Mereka yang pergi telah kembali, kembali membawa khazanah ilmu sambil titis2 lalu masuk ke jiwa yang sudah hampir kontang. Begitulah halnya, abang ipar dan birasku baru wapsi Dis 2010 lepas, awalnya hasrat ingin ke India(masalah visa) tapi syura KL putus terbang ke Bangladesh seramai 6 couple ke sana dengan hasrat sebarkan dakwah. Walaupun tak mudah, tapi karkuzari yang dibawa pulang sangat2 mengesan jiwa aku yang tekun mendengar. Dengan karkuzari yang terpancur keluar dan jasbah yang ada membuatkan jiwa aku kian berkobar2 agar Allah pilih aku lagi untuk keluar di jalan Allah swt. Tinggi harapan aku!

November 2011, genaplah 3 tahun dan tirai nisab aku mula terbuka memberitahu tahun ini aku dengan sangat2 jelas aku harus menyahut dan mengorak selangkah lagi untuk ke negara jauh (2 bulan), moga Allah pilih aku, paling tidakpun semoga Allah pilih aku keluar negara jiran. Bagi aku terpenting maksud aku keluar. 'Keluar untuk ajak manusia kembali kepada yang hak dan ada usaha dalaman', pesan aku kepada diri aku berkali-kali.

Hadirnya nisab aku tahun ini membuatkan jadual tahunan aku menjadi pendek dek kerana sekarang aku mula menghitung hari,menyusun strategi, melakar agenda sehingga ke tahun hadapan (dengan izin Allah). Semoga dengan apa yang ada masa sekarang akan meningkatkan perkara yang bakal berlaku hari2, untuk dibawa ke hari hadapan.Insyaallah! Wasalam.