Tuesday, November 27, 2012

Assalamualaikum warahmatullahhi wabaraktuh,

buat semua teman seper'tablighan dan sesiapa jua yang sudi membaca. Walau di mana kalian berada dan apa jua yang melorongkan kalian biarlah semuanya ke arah Allah swt. Ke arah perkara baik-baik sahaja. Alhamdullillah semoga niat kebaikana sentiasa berada di dalam hati kita. Amin.

Agak lama saya tidak update entri di blog saya, kesibukan waktu terhadap tugas-tugas menyempitkan masa saya nak melayari blog ini. Kita sudah telah melalui keazaman baru dengan pertukaran kalendar hijriah 1434 bersama dengan itu juga kita bakal meninggalkan 2012 dalam sebulan sahaja lagi. Pastilah sudah banyak saham kebaikan yang telah kita lakukan untuk memenuhi ganjaran yang sangat setimpal untuk kita di sana. Insyaallah. Semoga kekeruhan lalu dapat kita tukar dengan kebaikan-kebaikan di masa depan. Kekerapan beristiqfar dalam tindak-tanduk kita moga Allah terima dan sentiasa mengampunkan kita yang selalu khilaf.




Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.



Kebiasaan akhir-akhir November ramailah yang menyediakan diri untuk khuruj fisabillillah. Termasuklah nisab tahunan suami  saya. Kini, menambahkan korban KELUAR 2 BULAN JALAN KAKI, mengikut kiraan hari ini sudah 27 hari jemaah suami aku bergerak merentas di atas sayap-sayap para malaikat di bumi bawah bayu iaitu di Sandakan, Sabah. Semoga jemaah jalan kaki akan diberi kerahmatan dan kasih sayang serta dipermudahkan Allah swt. Amin.

Dengan kasih sayang Allah jua semoga puteri-puteriku yang jauh dipelihara Allah swt.


Sunday, February 5, 2012

Entri kali ini...

Salam maulidurrasul khusus teman2 blogger..

Hari ini, kita mengulang-ingat sejarah kelahiran, kerasulan baginda saw, susah payah dan fikir risau bimbang baginda saw terhadap umatnya serta rasa kerinduan yang paling dalam kita terhadap Nabi Muhammad saw.

Entri kali ini, aku belum mahu menyambung khuruj fisabillillah ke Padang, Indonesia.
Tetapi, ingin aku kongsikan apa aku rasa seminggu lalu, hari ini dan sudah tentunya sekarang ini; Beginilah rasanya hati. Rasa hati bagai terbunuh dengan perpisahan, kerinduan, kebimbangan dan kecelaruan walaupun aku tahu keputusan ini adalah di tangan Allah!

Betapa rasa ini telah berlangsung selama 11 hari. Kerinduan yang menyentap2 terhadap 2 puteri aku Nurul Hanisah (along) dan Nurul Hawani (angah) yang jauh terpisah di mata. Mereka kini aku tinggalkan dengan pengisian ilmu kalamullah (al-quran) di madrasah khairunnisa' di Parit Buntar-Nibong Tebal. Ah! Betapa hati aku tidak kuat! Tapi, demi ilmu kalamullah, aku harus tabah! Aku kena lebih kuat dari mereka untuk menghadapi perpisahan sementara ini.

Aku jadi begini; kerana syarat tempoh tidak boleh bertemu atau pengasingan selama 40 hari, sangat2 menguji aku sebagai seorang ibu. Lamanya penantian ini! Tak sabar menunggu saat itu, saat ingin menatap 2 wajah puteri yang aku rindui selama 11 hari sudah!

Semoga asbab pengorbanan perpisahan sementara ini, menjanjikan resapan ilmu al-quran akan mengalir bersama aliran darah dalam pembuluhnya dan segar kukuh dalam fikiran dan lidahnya. Tak mudah sebenarnya. Seminggu yg lalu, air mata aku sering juga bergenang tetapi 2-3 hari kebelakangan ini aku belajar kuat dan tabah, juga aku sibukkan masa aku dengan perkara2 yang tidak akan menggoyahkan jiwa aku dan akal aku dari terus terbuai kesayuan. Semoga Allah aku terus tumbuhkan kekuatan dan kekentalan dalam jiwa aku yg paling dalam! Insyaallah.

Friday, January 20, 2012

2012...

Assalamualaikum,

Dengan rasa cinta dan kasihku kepadaMu ya Allah..

2012: Merupakan satu titik baharu dalam aku dengan semangat & visi yang tidak dapat aku kongsikan di sini tetapi hanya dapat memberikan 'rasa' yang aku bersyukur walaupun kesempatan dan ruang yang ada tersangat sempit dan terbatas.

19/11/2011: Tarikh keramat buat aku yang merasakan ia sangat keramat bilamana aku menjadi seorang Puan 12 tahun yang lalu. Itu adalah anugerah tercantik yang aku senaraikan dalam kehidupan aku sepanjang aku berada di muka bumi Allah Yang Hebat! Namun, bukan itu sahaja yang aku ingin aku kongsikan tetapi tarikh ini memulakan lagi langkah aku berada di JalanMu ya Allah dengan kau mengutuskan aku terbang ke bumi Padang, Sumatera Barat, Indonesia selama 40 hari.

Begitulah ketetapan Allah yang kita tidak dapat mengubahnya walaupun sedikit. Dalam persiapan aku nak berangkat ke KL dengan sakit kepala yang melampau, aku gagahkan juga untuk menyiapkan segala keperluan diri dan puteri2 yang akan ditinggalkan di tempat adik perempuan aku.

Perjalanan hidup kita ini, begitulah kan. Dengan beberapa helai pakaian dan serba sedikit kelengkapan maka aku tinggalkan segala2nya. Rumah, kereta, kampung halaman dan puteri2 aku dengan jiwa yang terpana. Itulah kehidupan. Dan, matinya kita tanpa membawa apa2 pun sekadar apa yang ada di tubuh kita dengan mengheret segala amalan baik ataupun buruk. Itu sahaja.

~~~ bersambung nanti ~~~