Sunday, February 5, 2012

Entri kali ini...

Salam maulidurrasul khusus teman2 blogger..

Hari ini, kita mengulang-ingat sejarah kelahiran, kerasulan baginda saw, susah payah dan fikir risau bimbang baginda saw terhadap umatnya serta rasa kerinduan yang paling dalam kita terhadap Nabi Muhammad saw.

Entri kali ini, aku belum mahu menyambung khuruj fisabillillah ke Padang, Indonesia.
Tetapi, ingin aku kongsikan apa aku rasa seminggu lalu, hari ini dan sudah tentunya sekarang ini; Beginilah rasanya hati. Rasa hati bagai terbunuh dengan perpisahan, kerinduan, kebimbangan dan kecelaruan walaupun aku tahu keputusan ini adalah di tangan Allah!

Betapa rasa ini telah berlangsung selama 11 hari. Kerinduan yang menyentap2 terhadap 2 puteri aku Nurul Hanisah (along) dan Nurul Hawani (angah) yang jauh terpisah di mata. Mereka kini aku tinggalkan dengan pengisian ilmu kalamullah (al-quran) di madrasah khairunnisa' di Parit Buntar-Nibong Tebal. Ah! Betapa hati aku tidak kuat! Tapi, demi ilmu kalamullah, aku harus tabah! Aku kena lebih kuat dari mereka untuk menghadapi perpisahan sementara ini.

Aku jadi begini; kerana syarat tempoh tidak boleh bertemu atau pengasingan selama 40 hari, sangat2 menguji aku sebagai seorang ibu. Lamanya penantian ini! Tak sabar menunggu saat itu, saat ingin menatap 2 wajah puteri yang aku rindui selama 11 hari sudah!

Semoga asbab pengorbanan perpisahan sementara ini, menjanjikan resapan ilmu al-quran akan mengalir bersama aliran darah dalam pembuluhnya dan segar kukuh dalam fikiran dan lidahnya. Tak mudah sebenarnya. Seminggu yg lalu, air mata aku sering juga bergenang tetapi 2-3 hari kebelakangan ini aku belajar kuat dan tabah, juga aku sibukkan masa aku dengan perkara2 yang tidak akan menggoyahkan jiwa aku dan akal aku dari terus terbuai kesayuan. Semoga Allah aku terus tumbuhkan kekuatan dan kekentalan dalam jiwa aku yg paling dalam! Insyaallah.

5 comments:

Marina Ali said...

Assalamualaikum kak,alhamdulilah terharunya membaca n3 akak,pengalaman akak,menjadi sumber kekuatan untuk saye yg juga bercita2 dan berazam untuk menghantar putera n puteri saya untuk memasakkan ilmu akhirat...saye rase saye akan sedih macam akak juga.huhuhu,tapi untuk agama Allah itulah yang kita kena korbankan,kerana kemanisannya akan kita rase diakhirat kelak.InsyaAllah

UmmuNurul said...

wsalam dan salam perkenalan saudari Marina Ali,

Begitulah kan, kita sebagai ibu kena lebih kuat dari anak2 utk memasukkan kalam Allah dlm diri, ilmu ini bukan ilmu kemahiran tetapi ilmu kita nk beramal dgnnya dan seterusnya mendekatkn diri kita pd Allah swt.

Caranya, kita hantar anak2 untuk menyelami kata2 Allah agar ianya menjadi pegangan hidup sehingga hari akhirat. Seterusnya, kita sama2 dpt belajar..

Terima kasih adik Marina dgn keperihatinan adik, dan semoga ianya menjadi pembakar semangat utk Marina menghntar anak2 dan dpt menepis dakwaan kononnya hantar anak pemelajari kalamullah itu hanya sia2.

Benar, kita akan tahu kemanisannya di sana nanti. Sama2 kita berdoa semoga Allah pilih anak2 kita.Insyaallah.

التميز المثالي said...



شركة تسليك مجاري بجازان
شركة تنظيف بجازان
شركة مكافحة النمل الابيض بجازان
شركة مكافحة حشرات بجازان
شركة رش مبيدات بجازان


شركة تنظيف واجهات زجاج بالدمام
شركة مكافحة الحمام بالجبيل والقطيف
شركة تنظيف بعنك وصفوي وسيهات
شركة تنظيف منازل بحفر الباطن
شركة مكافحة حشرات بحفر الباطن

التميز المثالي said...


تقدم شركة تاج 0551844053 افضل خدمات التنظيف للمنازل والبيوت وكذلك ايضا تنظيف السجاد والموكيت والمجالس وبيوت الشعر
بالدمام والخبر تنظيف فلل وشقق ومطاعم نقدم عمليات التنظيف الشاملة بمفهموها العصرى والحديث
شركة تنظيف بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام

شركة الصفرات للتنظيف والنظافه العامه بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام


شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة جلي بلاط ورخام وسيراميك بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة طيوب لتسليك المجارى بالدمام

التميز المثالي said...


افضل الخدمات المنزلية المقدمة بمدينة الخبر من شركة تاج 0551844053 فخدمات شركتنا عديده ومتعددة ومنها شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف بالخبر
شركة تنظيف بيوت بالخبر
شركة تنظيف سجاد بالخبر
شركة تنظيف شقق بالخبر


شركة تنظيف فلل بالخبر
شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالخبر
شركة تنظيف بالقطيف
شركة طيوب لتسليك المجارى بالخبر