Hampir sebulan aku tangguh, sekembalinya aku dari India...keluar masturat...subhanallah! Sukar untuk aku menggambarkannya...terlalu manis untuk diceritakan..bagi mereka yang telah sampai di sana saja angguk tanda setuju dengan apa yang aku cuba cakapkan di sini..
Aku keluar masturat 40hari, di sini aku ingin kongsikan apa yang aku lalui...memang satu cabaran setiap kali keluar India perkara pertama akan keluar dari mulut orang di sekeliling kita, Why India? Aku hanya tersenyum sumbing je ler...merupakan tamparan jugak sebab waktu aku keluar tu musim haji pun dah hampir...jadi biasalah dialog yang seiring dengannya..kenapa tak pergi haji jer? Lagi sekali senyum aku bertambah sumpit...he..he...apa nak dikata...tapi yang pasti 40hari aku completed sudah!Al-hamdullillah...ada beberapa perkara yang kita belajar di sana..orang lama kata pergi India ni kita belajar kerohaniat...nya...ya..sifat mereka. Sifat mereka yang kita payah nak ikut... sifat ikram mereka! Ikramul muslimin mereka...dan perkara ini aku telah dengar berkali2 dari mereka2 yang telah menjejakkan kaki ke sana.
Sebelum perjalanan aku ke sana...pelbagai ujian terpaksa kami lalui..visa tak lepas...duit nak keluar hilang...anak2 sakit..macam2lah Allah test hati kami ni benar2 bulat ke nak keluar jalan Allah ni...al-hamdullillah, semua settle. Bayan Hidayat bermula di rumah Hj.Rasyid. Masa aku masih belum bentuk jemaah lagi. Selepas Asar, bentuk jemaah kami terus ke Hulu Langat berkampung selama 3 hari di situ..jemaah aku ni 3 dari Penang, Johor dan aku dari Ipoh...kemudian route ke2 kami ke Balakong...aku sempat satu malam saja di situ, pagi2 lagi aku diberitahu terpaksa pecah jemaah ini yang aku sudah mula mesra...dalam pukul 8.00 lebih kami terus dihantar ke KLIA flight dalam kul 1 tgh...masing2 tak kenal al-maklumlah semua full covered. Jemaah ni 2 dari KL dan seorang dari Perlis Amir sab. Kami sampai di Bangkok(Naik Thai Airway- transit 5 jam) dalam 2.00 lebih, jamak di situ...baru kenal wajah masing2...kebetulan ada jemaah Haji dari Myanmar berkumpul di surau tu so, sesaklah sikit!
Masyaalah..simple saja mereka semua..berkain batik, berkaki ayam je! Berbeza dengan jemaah Haji Malaysia...jauh beza! Dalam 7.00 lebih...kami bergerak ke balai berlepas menuju ke India. India, nantikan aku! Kita sambung lagi nanti....
No comments:
Post a Comment