Monday, February 2, 2009

katakan sajalah..


Selama 3 hari 3 malam aku berkampung di masjid Bangla Wali, Nizamuddin, India di situ ada 13 jemaah malaysia datang dari pelbgai negeri Perak, Johor, Sabah, Perlis, Putrajaya, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Begitu juga jemaah dari Australia, South Afrika dan jemaah India dari plbagai negeri, kami bagai satu keluarga di situ makan, tidur dan diisikan pelbagai program dan dapat bertemu ahlia maulana Saad beberapa kali seronok.....jemaah aku antara yang paling lewat bergerak meninggalkan Nizamuddin menuju ke route diputuskan. Jam 4.00pagi kami bergerak menuju ke stesen keretaapi utama di New Delhi, pemandangan yang amat unik di India dan mengejutkan sesiapa yang kali pertama hadir di sini.. berkeliarannya kuda, keldai lembu dan kambing di setiap tempt. Kelakar pun ada...makhluk ini juga menggunakan khidmat jalan raya dengan bebasnya...




Keretapi tiba dalam 4 lebih..kami bergerak menuju ke Bhillai, Chattisgarh, India jauhnya perjalanan selama 28 jam...bayangkanlah tidur, makan dan solat semua dibuat kat dalam tu...paling mengharukan bila pergi ke tandas..sistem pembuangannya terus kat atas bumi...iskk..iskk sukar nak aku ceritakan...guna lota...hai..kekok betul..memang mujahadah betullah..tapi seronok bila diingatkan kembali sebab benda cam ni takkan jumpa kat Malaysia uu.

2 comments:

Unknown said...

Salam...Allah mulia kan kakak..beruntung suami isteri....

UmmuNurul said...

Anak Pendang,
Jazakillahhu khairun kathiro..
one days adik akan ikut jejak2 mereka yang Allah telah pilih...moga Allah pilih lagi dan lagi apabila Allah telah pilih kita ketika ini, ketika itu dan ketika akan datang...
sama2lah kita berdoa..insyaallah.