Assalamualaikum dan salam kembali bersua...
Lantaran kesibukan dunia yang melampau, syukur Allah swt yang penuh dengan kasih sayang dan kecintaan yang tinggi terhadap hambaNya tetap memberikan aku ruang yang teramat sedikit untuk aku tidak terputus dalam leka akan usaha agama Allah swt, maka dalam tahun 2011 ini sahaja sudah 2 kali aku terima jemaah masturat Pakistan.
Dan, atas fikir dan korban yang tinggi jemaah ini, bimbang setelah 6 route tidak menerima satu pun jemaah cash, mereka ambil keputusan tidak akan bersarapan selagi jemaah cash 3 hari tidak dapat dikeluarkan. Dengan tawajuh yang tinggi, alhamdullillah, sebelum mereka bergerak untuk route seterusnya dapat jugak jemaah masturat tempatan dikeluarkan.
Dalam tempoh beberapa bulan selain menerima jemaah lelaki atau masturat, banyak juga rumah yang menyediakan rumah untuk bayan adhoc, semetelah itu, esok ada bayan adhoc dari jemaah Singapore akan diadakan di rumah cikgu Ridhuan Penanti,Taman Jati, Ipoh, Perak.
Pengakhiran tahun 2011 ini yang membawa bulan November, maka nisab aku untuk keluar 40 hari atau 2 bulan Negara Jauh /Negara jiran sudah tiba. Walaupun banyak kebimbangan dalam hati kerana 3 tahun sudah tidak keluar, aku tetap berharap moga Allah akan pilih aku untuk khuruj fisabillillah. Insyaallah! Doa2 teman seperjuangan moga sentiasa mengiringi untuk Allah pilih aku tahun ini. Ya Allah mudahkanlah segala2nya...Aminnnnnnnnn..
2 comments:
moga allah pilih anda untuk khuruj, jika kita ada keinginan untuk korban diri dan harta untuk allah maka allah lebih-lebih lagi akan memberi kepada kita kelapangan untuk khuruj insyaallah.Doa untuk saya dan isteri untuk keluar masturat 2b@40 hari tahun ini sebab nisab 3 tahun sudah sampai, saya telah memberi nama pd jemaah taskil dan telah dibentuk jemaah tapi belum tafakut syura malaysia lagi , semuga allah terima saya
amin...
saudara musa,
doakan saya n suami juga..
Post a Comment