Wednesday, February 18, 2009

Tiada apa...

Beberapa hari aku tak tulis..nak kata sibuk sangat, tidak juga. Aku sentiasa ikut penulisan2 kawan2 blog yang lain...membaca dan membaca..berfikir dan berfikir dengan apa yang mereka tuliskan. Aku membaca sambil merenung tentang apa yang sahabat2 seusaha sedang bicarakan dan karkuzari2.

Kita hidup mungkin dengan latar yang berbeza daan pembesaran yang berlainan, tapi, Allah letakkan kita atas satu maksud iaitu jalankan usaha dakwah..besar sungguh tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya..gunung-ganang dan lautan pun tak mampu menanggung tanggungjawab yang Allah swt berikan kepada kita sebagai ummat Rasullullah saw. Maka, kita harus bersyukur lagi dan lagi..

Sepertimana, kita ketahui dan selalu kita dengar.. Allah swt telah hantar anbiya'a.s untuk setiap zaman. Di antara mereka ini dihantar untuk kaum, untuk bangsa, keluarga dan negara. Sebagai contoh, Nabi Nuh as dihantar untuk bangsanya, Nabi Ibrahim as untuk keluarganya, Nabi Syuaib as untuk negaranya dan Nabi Luth as untuk kaumnya.

Tetapi, Rasullullah saw, nabi kesayangan kita dihantar untuk ummat seluruh alam sehingga dikatakan bayi yang terakhir agar dapat mengucapkan kalimah LAILLAHHAILLALLAH.
Betapa kasih dan cintanya Rasullullah saw terhadap ummatnya..sehingga berkali2 kita mendengar kisah nabi..sehingga ke akhir hayatnya hanya menyebut2 ummati..ummati.
Di mana suatu ketika, nabi bertemu cucu2nya Hassan dan Hussin, lalu baginda mencium seorang di mulut dan seorang di tengkuk. Perbuatan baginda itu dilihat oleh Fatimah ra puteri kesayangan baginda lalu dia bertanya sebab mengapa baginda mencium kedua2 cucunya seorang di mulut dan seorang di tengkuk. Sabda baginda, seorang akan mati diberi racun dan seorang dipancung! Pastilah Fatimah tersentak mendengar, lalu dikatakan Nabi ada satu doa yang jika dia memohon kepada Allah swt, pasti Allah mengkabulkan doa itu..Namun, betapa kasih Rasullullah saw kepada ummatnya, doa itu disimpan khusus untuk ummatnya. Itulah tanda kecintaan baginda saw kepada kita ummat akhir zaman. Lalu, bagaimana dengan kita? Apakah bukti dan tanda kecintaan kita kepada baginda saw?

Seharusnya aku, kau dan kita berasa insaf dan teguh keimanan setiap kali membaca dan mendengar kisah2 sahabat, bagaimana perjuangan sahabat2 dan sahabiah2 menunjukkan kecintaan yang mendalam terhadap baginda saw.. renung2kanlah kita bersama...

Saturday, February 14, 2009

Sekadarnya...


Istimewanya bila Allah pilih kita keluar jalan Allah ni...hanya bila Allah telah pilih kita buat pertama kalinya...melalui pengalaman aku pertama kali keluar tahun 2000 dahulu waktu aku keluar di Felda Lasah..aku tidak faham..setiap program yang diatur...aku teragak2 jugak nak buat...kelakar pun ada..sebab aku ni banyak terpinga2...sebab tak faham apa yang dicakapkan..tapi, alhamdullillah jemaah aku waktu tu tak paksa aku cakap...banyak ikram aku, jadi aku banyak mendengar daripada bercakap...kalau bercakap pun ikut mutakalim ler...(walaupun aku tak tau apa yang aku cakap) Tapi...aku suka sebab kita cakap perkara yang hak...perkara agama..masa tu aku tak tau pun pasal 6 perkara, 6 pesanan untuk para wanita, 12 adab usul dan adab2 yang sehingga hari ni kalau aku keluar pasti diselitkan dalam program...banyak benda aku dapat belajar kerana selama hari ni, kita sekadar tahu tapi kita tak ada kekuatan untuk amalkan.

Sekarang, aku masih dalam belajar...bukan bermakna apabila kita telah dipilih Allah berkali2 untuk keluar kita menjadi semakin pandai dan semakin hebat. Bukan nak tunjuk kehebatan dan kepetahan kita bercakap setiap kali kita dipilih untuk bercakap..sekadar untuk pandai bercakap ianya tidak memberi kesan kepada hati, jika apa yang kita cakapkan kita tidak amalkan.aku cakap ni untuk diri aku yang lemah ni..yang masih bertatih2 dalam usaha agama Allah swt. Kawan2 yang membaca doakan untuk aku.

Route ke-2 terakhir masih di Bilaspur...menjadikan ianya 3 hari 3 malam aku di situ..walaupun rumahnya cuma satu bilik(disediakan untuk jemaah) tapi, sifat ikram kak chah(Kasfun Nisa) sangat tinggi...begitu juga dengan orang di situ..aku gelar ahlia tuan rumah tu kak chah sebab wajahnya saling tak tumpah macam muka kak iparku(tapi dalam version India ler)..orangnya tak banyak bercakap cuma sering tersenyum. Di situ, ramai jugak nusrah jemaah kami..waktu hari2 terakhir di situ kami targhib betul2 tentang kenapa masturat perlu keluar dan fadhilatnya, moga Allah bagi mereka kefahaman...jemaah kami hanya menyampaikan. Dan, aku mengharapkan moga ada ler jemaah dapat dibentuk selepas kami tangguh hari tu..

Route akhir cuma satu malam sahaja, biasalah hari2 terakhir kami diraikan dengan pelbagai benda...tapi, bukan itu pengharapan kami..moga2 Allah telah bukakan hati mereka semua untuk keluar.Insyaallah. Jam 3.00 petang kami bergerak menuju ke stesen mengambil masa lebih kurang 10 minit. Selamat tinggal Bilaspur...sedih betul kami semua...

Perjalanan menuju ke Delhi yang panjang...


Wednesday, February 11, 2009

karkuzari seterusnya...


BACHEDI route ke-9 selepas Gandai.. tempat ni mana2 jemaah lelaki@masturat tidak pernah sampai lagi..kami merupakan jemaah pertama tiba di situ. Tempatnya hidayat sikit..zuhud dan rumah yang terima jemaah kami juga teramat zuhud. Orang di situ, semua hanya tahu berbahasa Urdu, Allah hantar anak saudaranya berusia 12 tahun boleh berbahasa Inggeris. Dialah murtajim kami sepanjang hari tu. Cuaca di situ teramat sejuk terutamanya di sebelah malam.

Di situ, kami hanya satu malam sahaja, Amir sab tak berapa sihat. Kami berpindah ke Kawardha, sebuah pekan kecil untuk mendapatkan klinik bagi merawat Amir kami. Di sini juga kami hanya semalam sahaja. Esoknya, pagi2 lagi kami bergerak ke Bilaspur mengambil masa 140km jauhnya. Kami menaiki 2 buah jip agak selesa jika dibandingkan yang aku ceritakan sebelum ini. Perjalanan yang jauh tu memperlihatkan lagi kepada aku akan kehidupan orang2 di situ, mereka terlalu mundur, tak kenal erti kemajuan, anak2 tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Usaha agama di situ juga jauh sekali..sedih!
Semasa dalam perjalanan yang panjang tu, kami nyaris2 accident kereta di hadapan tiba2 berhenti dan bertembung dengan lori di hadapan kami. Suasana cemas seketika, Allah pelihara. Syukur al-hamdullillah driver sempat mengelak.



Kami selamat sampai di rumah Hj.Yassin, rumahnya betul2 di tengah bandar Bilaspur(depan mainroad). Jadi, agak sibuk dan bising dengan kenderaan yang pelbagai. Sesekali kedengaran tapak kaki kuda menderap di atas jalan. Suasana di India, kenderaan berenjin ini kalau bergerak sikit mesti hon..hon.honnn..so, gamatlah sikit jalan raya tu. Dan, kami kat dalam rumah pun terasa kegamatan kenderaan di luar.

Tuesday, February 10, 2009

sambungan...


[gambar2 ni aku upload from internet, bukannya aku bawa kamera]


Waktu kami nak berpindah route di sector 6 ke Power House iaitu route ke-4, jemaah kami merasa ler jugak dapat naik taxi ni, rasanya nak terkeluar pun ada tapi, seronok gak..nampak pemandangan indah india..tapi, kami tak boleh ler nak galak sangat memandang kiri kanan(mata kena jaga, beb). Aku nak cerita sikit, di sector 6, pandangan yang mengejutkan ialah masjid berjiran dengan church dan tak jauh dari situ kuil Hindhu..sama2lah kita berdoa semua kebatilan akan hancur apabila usaha dakwah meningkat!
Sepanjang perjalanan aku menuju ke Bhillai, aku tertanya2 tanaman apa yang diusahakan di India ni, nak kata padi bukan...bunganya kekuning-kuningan..aku dapat info..rupanya tanaman biji sawi (mustard). Kita pun tahu India ni terkenal dengan rempah ratusnya...ini ler rupanya ladang biji sawi..besar jugak rasanya hampir sepanjang perjalanan aku...itulah pemandangan yang aku lihat.




[gambar ni pun upload dari internet]
Kalau nak tengok camne dalam train...ni ler rupanya...tempat tidur tu ada tiga tingkat, kalau nak duduk kena lipat tempat tidur yang ke2 tu, kalau satu jemaah ada 6 oklah, tapi kalau 7 sorang kena baring kat tengah tu(atas lantai) kira solat pun kat situ jugaklah...jemaah masturat biasanya dipasang tabirlah senang supaya terlindung dari orang lalu lalang...bayangkan sajalah..kalau nak rasa adventure n experience...silalah sambut tasykil 40days n 2 month..yes!!!

Rakaman...

Ketika kami sekeluarga berkunjung ke tasek Gunung Lang...sekolah my hubby ada ekspedisi berbasikal dari SMK Raja Chulan sehingga Gunung Lang, kemudian berkampung di situ dengan pelbagai aktiviti lain..sebenarnya walaupun aku anak jati Ipoh, baru sekarang aku dapat berkunjung ke sini walhal bukan jauh sangat dari rumah aku Tak kisahlah tu, aku dah sampai pun. Saja bawa anak2 aku...tempat tu cantik gak..taseknya indah...cuma taklah besar sangat tapi nak ke seberang kita kena naik bot kecil..ramai jugak orang yang datang ke situ..Kalau ikutkan takde siapa pun yang perasaan tempat tu sebab terlindung di sebalik gunung...kalau musim2 cuti tu dah blank tak tau nak ke mana bolehlah pergi berkelah kat situ...mesti lapang fikiran..kalau yang suka menulis tu bolehlah cari ilham duduk2 di situ...



Ini my Cinta sedang menikmati setiap kesukaan kanak2 bermain kat playground...





Di atas menara ni kita boleh melihat pemandangan di sekeliling Gunung Lang yang menghijau...memang indah ciptaan Allah swt. Silalah berkunjung ke tempat indah ini...



Nota: Daisi..ku...

Saturday, February 7, 2009

Catatan Tanpa Tajuk



Jarang2 aku dapat menulis di waktu pagi..selalunya waktu malam, banyak sngat takaza...biasa takaza dunia je lebih...semalam aku ke rumah abang ipar aku... anak saudara aku bawa kawan satu sekolah dari SMA Kerian, kebetulan bapa dia one family ke HUKM ada rawatan susulan berkenaan kanser di bahagian kakinya..kesian jugak aku dengar nasib budak tu..jadi sementara dia menunggu bapa dia datang ambilnya kemudian, dia melepaklah kat rumah tu satu hari di situ..rumah abang ipar aku memang meriah kalau time cuti begini...adik-beradik semua akan berkumpul sebab kami dah takde mak bapa mertua so, ipar aku yang mewarisi rumah pusaka tu lah ibarat mak bapa kami..setiap hujung minggu pasti ada saja yang berkunjung. Kira meriahlah jugak sebab kami ni masing2 anak2 sedang membesar..macam2 fiil..riuh-rendah macam ada kenduri-kendara...



Aku bukan nak citer tentang kemeriahan tu sangat, dalam pukul 10.00 malam, family budak ni sampai dari KL..kami menjemput masuk, dalam berbual2 tu aku banyak berdiam dan perhati jer..mendengar citer antara biras aku dengan mak budak tu..tak semena-mena terpacul satu perkataan dari mak budak ni..."buat tabligh kan?" Kami di situ mengiyakan jer ler.. kemudian dia buka cerita adik ipar dia baru balik masturat India dan bila dia mention nama jer..aku pun terus menyampuk je lah yang sejak tadi melihat jer..kelakar betul adik iparnya aku patut satu jemaah tapi sebab masalah visa kami berpecah...dan aku jumpa semula dia kat India dengan jemaah masing2... baru aku akui kecilnya dunia ni...kelakar betul...

Karkuzari biasalah ler...jemaah ke India dilayan macam raja...aku setuju sangat tuh!


[Nota : Gambar tu sekadar hiasan sahaja, tiada kena mengena ngan coretan ni coz aku memang minat daisy]



Thursday, February 5, 2009

Inilah puteri2 aku...


Allah belum bagi aku anak lelaki..tapi aku syukur...dulu aku sedih gak..sebab.. Allah uji aku cam ni...tapi...apabila aku terbaca hadith ni aku jadi syahdu dan bersyukur pada Allah swt.

Dari Abu Said Al-Khuderi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah s.aw bersabda: Barangsiapa mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan, atau dua orang anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjalin hubungan yang baik dan melaksanakan segala hak-haknya dengan penuh ketakwaan kepada Allah swt, maka baginya adalah syurga.(HR.Tirmizi)
MUNTAKHAB AHADITH( hal.560.)

Jadi kepada sesiapa yang dikurniakan anak perempuan ramai cam aku...tetaplah bergembira dan bersyukur. Setiap sesuatu yang Allah jadikan ada alasannya..




Monday, February 2, 2009

India oh India...

Entah bila lagi aku dapat menjejakkan kaki di sana, kuasa hanya dalam genggaman Allah SWT.

Route pertama aku, bermula di Supela, Islamanagar, Bhillai. D sini, kehidupan orangnya sederhana sekali..sesampainya kami di situ disambut seorang wanita tua yang kami gelar dia Nanny, kurus orangnya dan lembut wajahnya. Menjadi kebiasaan orang India mereka ipar, biras tinggal sebumbung dengan mertua apabila telah berkahwin. Jadi dalam rumah ini terdapat dua menantu, seorang hanya tahu bahasa dia urdu, dan seorang boleh sikit2 berbahasa Inggeris..alhamdullilah dapatlah jugak kami bercommunicate. Di rumah inilah kami mula belajar bercakap dalam bahasa urdu..maksudnya cakap dakwah...seronok..ketawa dibuatnya takut sebutan tak betul..wakak wakakkak..



Di sini, kami 2 hari sahaja..ramai jugak yang nusrah jemaah kami hampir 60 orang yang hadir..walaupun mereka tak faham apa yang kita ckapkan, tapi apabila aku dan jemaah lain mula bercakap mereka akan dengar dengan tawajuh dan ada yang menangis..sod...sod..aku pu sebak..

katakan sajalah..


Selama 3 hari 3 malam aku berkampung di masjid Bangla Wali, Nizamuddin, India di situ ada 13 jemaah malaysia datang dari pelbgai negeri Perak, Johor, Sabah, Perlis, Putrajaya, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Begitu juga jemaah dari Australia, South Afrika dan jemaah India dari plbagai negeri, kami bagai satu keluarga di situ makan, tidur dan diisikan pelbagai program dan dapat bertemu ahlia maulana Saad beberapa kali seronok.....jemaah aku antara yang paling lewat bergerak meninggalkan Nizamuddin menuju ke route diputuskan. Jam 4.00pagi kami bergerak menuju ke stesen keretaapi utama di New Delhi, pemandangan yang amat unik di India dan mengejutkan sesiapa yang kali pertama hadir di sini.. berkeliarannya kuda, keldai lembu dan kambing di setiap tempt. Kelakar pun ada...makhluk ini juga menggunakan khidmat jalan raya dengan bebasnya...




Keretapi tiba dalam 4 lebih..kami bergerak menuju ke Bhillai, Chattisgarh, India jauhnya perjalanan selama 28 jam...bayangkanlah tidur, makan dan solat semua dibuat kat dalam tu...paling mengharukan bila pergi ke tandas..sistem pembuangannya terus kat atas bumi...iskk..iskk sukar nak aku ceritakan...guna lota...hai..kekok betul..memang mujahadah betullah..tapi seronok bila diingatkan kembali sebab benda cam ni takkan jumpa kat Malaysia uu.