Tuesday, February 10, 2009

sambungan...


[gambar2 ni aku upload from internet, bukannya aku bawa kamera]


Waktu kami nak berpindah route di sector 6 ke Power House iaitu route ke-4, jemaah kami merasa ler jugak dapat naik taxi ni, rasanya nak terkeluar pun ada tapi, seronok gak..nampak pemandangan indah india..tapi, kami tak boleh ler nak galak sangat memandang kiri kanan(mata kena jaga, beb). Aku nak cerita sikit, di sector 6, pandangan yang mengejutkan ialah masjid berjiran dengan church dan tak jauh dari situ kuil Hindhu..sama2lah kita berdoa semua kebatilan akan hancur apabila usaha dakwah meningkat!
Sepanjang perjalanan aku menuju ke Bhillai, aku tertanya2 tanaman apa yang diusahakan di India ni, nak kata padi bukan...bunganya kekuning-kuningan..aku dapat info..rupanya tanaman biji sawi (mustard). Kita pun tahu India ni terkenal dengan rempah ratusnya...ini ler rupanya ladang biji sawi..besar jugak rasanya hampir sepanjang perjalanan aku...itulah pemandangan yang aku lihat.




[gambar ni pun upload dari internet]
Kalau nak tengok camne dalam train...ni ler rupanya...tempat tidur tu ada tiga tingkat, kalau nak duduk kena lipat tempat tidur yang ke2 tu, kalau satu jemaah ada 6 oklah, tapi kalau 7 sorang kena baring kat tengah tu(atas lantai) kira solat pun kat situ jugaklah...jemaah masturat biasanya dipasang tabirlah senang supaya terlindung dari orang lalu lalang...bayangkan sajalah..kalau nak rasa adventure n experience...silalah sambut tasykil 40days n 2 month..yes!!!

No comments: