Saturday, February 7, 2009

Catatan Tanpa Tajuk



Jarang2 aku dapat menulis di waktu pagi..selalunya waktu malam, banyak sngat takaza...biasa takaza dunia je lebih...semalam aku ke rumah abang ipar aku... anak saudara aku bawa kawan satu sekolah dari SMA Kerian, kebetulan bapa dia one family ke HUKM ada rawatan susulan berkenaan kanser di bahagian kakinya..kesian jugak aku dengar nasib budak tu..jadi sementara dia menunggu bapa dia datang ambilnya kemudian, dia melepaklah kat rumah tu satu hari di situ..rumah abang ipar aku memang meriah kalau time cuti begini...adik-beradik semua akan berkumpul sebab kami dah takde mak bapa mertua so, ipar aku yang mewarisi rumah pusaka tu lah ibarat mak bapa kami..setiap hujung minggu pasti ada saja yang berkunjung. Kira meriahlah jugak sebab kami ni masing2 anak2 sedang membesar..macam2 fiil..riuh-rendah macam ada kenduri-kendara...



Aku bukan nak citer tentang kemeriahan tu sangat, dalam pukul 10.00 malam, family budak ni sampai dari KL..kami menjemput masuk, dalam berbual2 tu aku banyak berdiam dan perhati jer..mendengar citer antara biras aku dengan mak budak tu..tak semena-mena terpacul satu perkataan dari mak budak ni..."buat tabligh kan?" Kami di situ mengiyakan jer ler.. kemudian dia buka cerita adik ipar dia baru balik masturat India dan bila dia mention nama jer..aku pun terus menyampuk je lah yang sejak tadi melihat jer..kelakar betul adik iparnya aku patut satu jemaah tapi sebab masalah visa kami berpecah...dan aku jumpa semula dia kat India dengan jemaah masing2... baru aku akui kecilnya dunia ni...kelakar betul...

Karkuzari biasalah ler...jemaah ke India dilayan macam raja...aku setuju sangat tuh!


[Nota : Gambar tu sekadar hiasan sahaja, tiada kena mengena ngan coretan ni coz aku memang minat daisy]



4 comments:

Sofinee Harun said...

Gi India jumpa jemaah dari Jitra ke? Ada dengar jemaah dari Jitra ke masturat India. Salah satunya Mutalib. Sekali ke?

UmmuNurul said...

maaflah, memang ada jemaah dari Kedah, tapi jemaah tu cuma sekejap je kat Markaz sana sebab mereka antara yang awal bergerak ke Pakistan. Jadi, tak sempat berkenalan dengan yang lain..cuma sempat kenal dengan Siti Fatimah ahlia Yusof, dia hafizah..kenal kot?

Sofinee Harun said...

a..kenal. memang kenal sangat. Memang kenal semua family dia sedari saya kecik lagi.

ALhamdulillah, mesti dapat banyak belajar masa kat sana.

UmmuNurul said...

Salam..ummi skang stay kat ne? Jangan misterious sangat...stay kat Perak gak ker? Al-hamdullillah, syukur pada Allah sebab dipilih ke sana..sebenarnya 40days tak cukup untuk kita belajar segala-galanya..kita kena tambah korban supaya ALLAH bagi lgi kefahaman agama ni..saya tak pandai baru nak belajar dalam usaha ni..sama macam yang lain2..kita kena keluar..keluar lagi dan lagi..sebenarnya..kalau baru balik 40day or 2 month, kalau kita dok diam cam tu jer takde nak buat hubungan dengan usaha agama ni, contohnya taklim rumah, taklim mingguan, jaga nisab,nusrah jemaah @ terima jemaah, ziarah...galakan suami buat usaha makami..maka secara perlahan2 iman kita yang sedikit ini akan hilang dan hilang...macam saya yang lemah ni..saya cakap ni untuk diri saya..semoga Allah akan sentiasa letakkan kita dalam landasan usaha ini agar kita tak tergelincir dalam kesibukan kita memegang dunia ini.Amin...doakan saya Ummi..