Wednesday, February 18, 2009

Tiada apa...

Beberapa hari aku tak tulis..nak kata sibuk sangat, tidak juga. Aku sentiasa ikut penulisan2 kawan2 blog yang lain...membaca dan membaca..berfikir dan berfikir dengan apa yang mereka tuliskan. Aku membaca sambil merenung tentang apa yang sahabat2 seusaha sedang bicarakan dan karkuzari2.

Kita hidup mungkin dengan latar yang berbeza daan pembesaran yang berlainan, tapi, Allah letakkan kita atas satu maksud iaitu jalankan usaha dakwah..besar sungguh tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya..gunung-ganang dan lautan pun tak mampu menanggung tanggungjawab yang Allah swt berikan kepada kita sebagai ummat Rasullullah saw. Maka, kita harus bersyukur lagi dan lagi..

Sepertimana, kita ketahui dan selalu kita dengar.. Allah swt telah hantar anbiya'a.s untuk setiap zaman. Di antara mereka ini dihantar untuk kaum, untuk bangsa, keluarga dan negara. Sebagai contoh, Nabi Nuh as dihantar untuk bangsanya, Nabi Ibrahim as untuk keluarganya, Nabi Syuaib as untuk negaranya dan Nabi Luth as untuk kaumnya.

Tetapi, Rasullullah saw, nabi kesayangan kita dihantar untuk ummat seluruh alam sehingga dikatakan bayi yang terakhir agar dapat mengucapkan kalimah LAILLAHHAILLALLAH.
Betapa kasih dan cintanya Rasullullah saw terhadap ummatnya..sehingga berkali2 kita mendengar kisah nabi..sehingga ke akhir hayatnya hanya menyebut2 ummati..ummati.
Di mana suatu ketika, nabi bertemu cucu2nya Hassan dan Hussin, lalu baginda mencium seorang di mulut dan seorang di tengkuk. Perbuatan baginda itu dilihat oleh Fatimah ra puteri kesayangan baginda lalu dia bertanya sebab mengapa baginda mencium kedua2 cucunya seorang di mulut dan seorang di tengkuk. Sabda baginda, seorang akan mati diberi racun dan seorang dipancung! Pastilah Fatimah tersentak mendengar, lalu dikatakan Nabi ada satu doa yang jika dia memohon kepada Allah swt, pasti Allah mengkabulkan doa itu..Namun, betapa kasih Rasullullah saw kepada ummatnya, doa itu disimpan khusus untuk ummatnya. Itulah tanda kecintaan baginda saw kepada kita ummat akhir zaman. Lalu, bagaimana dengan kita? Apakah bukti dan tanda kecintaan kita kepada baginda saw?

Seharusnya aku, kau dan kita berasa insaf dan teguh keimanan setiap kali membaca dan mendengar kisah2 sahabat, bagaimana perjuangan sahabat2 dan sahabiah2 menunjukkan kecintaan yang mendalam terhadap baginda saw.. renung2kanlah kita bersama...

2 comments:

UmmuSarah said...

Benar...Kita ini semua ada tugas yg besar. Tolonglah doakan utk kami agar di pilih ALlah utk keluar secepat mungkin...Kami lemah..semakin hari semakin lemas dlm kesibukan dunia.

Ahliahnizam said...

Salam.

Sama-samalah kita bentuk fikir kita sama seperti fikir Nabi SAW & para sahabat, Insya-Allah.

Mohon izin letak link akak kat blog saya :)